Usaha Malaysia singkir Israel daripada PBB jadi perhatian dunia

PUTRAJAYA – Usaha Malaysia menyediakan draf resolusi bagi menyingkirkan Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapat perhatian dunia.

Ramai memuji tindakan berani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan ketegasan terhadap sikap regim Zionis yang secara berterusan ‘membantai’ warga Palestin, selain tindakan regim itu melakukan serangan ke atas Lubnan.

Sambil menyifatkan pendirian Putrajaya dalam isu berkenaan sangat konsisten sejak sekian lama, resolusi itu bukanlah mustahil untuk mendapat sokongan dari negara Arab serta negara kuasa besar dunia yang lain.

Jika resolusi itu berjaya mendapat sokongan, sudah pasti ia akan mencatatkan sejarah tersendiri sekaligus menyaksikan Israel tidak lagi mendapat tempat dalam Persidangan Agung PBB.

Anwar ketika sidang Dewan Rakyat, awal minggu ini memaklumkan, draf resolusi itu sedang disiapkan dan bakal dibentang kepada PBB dalam sedikit masa lagi.

“Pada 31 Oktober lalu, Malaysia menyertai Kumpulan Teras (Core Group) bagi penyediaan satu draf resolusi Perhimpunan Agung PBB memohon Pendapat Nasihat (Advisory Opinion) Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai obligasi Israel dalam membenarkan aktiviti dan kehadiran PBB,” katanya.

Beliau menjelaskan, sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang, hukum dan keputusan dalam isu membabitkan Palestin, keahlian Israel dalam PBB boleh dicabar dan disingkirkan daripada pertubuhan itu.

Selain perkara berkenaan, draf terbabit turut menyentuh mengenai agensi di bawah PBB, organisasi antarabangsa dan negara ketiga di Wilayah Pendudukan Palestin (OPT), yang dilaksanakan dengan persetujuan kerajaan Palestin untuk manfaat orang awam Palestin di wilayah itu.

“Apabila resolusi itu diluluskan, ia akan menjadi landasan perundangan bagi membolehkan United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) terus memberikan khidmat asas.

“Antaranya seperti (khidmat) pendidikan, perawatan kesihatan dan bantuan kemanusiaan, yang sebelum ini memberikan faedah kepada lebih enam juta pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lubnan dan Syria,” jelasnya.

Anwar memaklumkan komuniti antarabangsa yang cintakan keamanan perlu memberi sokongan kuat kepada resolusi terbabit supaya dapat menamatkan konflik kemanusiaan yang berpanjangan di Semenanjung Gaza dan rantau Asia Barat.

Related Posts

Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) akan melaksanakan pelarasan perbelanjaan kerajaan susulan peningkatan beban subsidi akibat konflik di Asia Barat, namun memberi jaminan perkhidmatan kritikal kepada rakyat serta kestabilan ekonomi tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia

LENGGONG – Lembah Lenggong mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai Lenggong UNESCO Global Geopark, sekali gus melengkapkan dua pengiktirafan antarabangsa selepas status Tapak Warisan Dunia UNESCO yang diterima pada 2012. Pengumuman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pemuda AMANAH Perlis keluar parti

Ketua Pemuda AMANAH Perlis keluar parti

Sabah perketat kawalan industri pelancongan: ‘Task Force’ khas Semporna jadi ‘blueprint’ negeri

Sabah perketat kawalan industri pelancongan: ‘Task Force’ khas Semporna jadi ‘blueprint’ negeri

Sabah hampir capai liputan internet menyeluruh, jurang digital kian mengecil

Sabah hampir capai liputan internet menyeluruh, jurang digital kian mengecil

Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

Tiga gajah tempatan di zoo Jepun perlu dibawa balik

Tiga gajah tempatan di zoo Jepun perlu dibawa balik

Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia

Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia