Usaha MADA bantu pesawah elak padi tenggelam

KANGAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) melaksanakan pelbagai langkah proaktif bagi membantu pesawah di Perlis mengelakkan tanaman padi mereka terus terjejas akibat banjir berpanjangan.

Exco Pertanian negeri, Razali Saad berkata, tinjauan lapangan telah dibuat di tiga kawasan yang sering dilanda banjir, dengan tumpuan awal di kawasan sawah luas di bawah MADA Wilayah 1.

“Susulan banjir pada November tahun lalu menenggelamkan seluas 3,233 hektar sawah padi, MADA telah menyiapkan kertas kerja lengkap dan mengemukakannya kepada kerajaan negeri sebelum dibawa ke peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Langkah ini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat tani dan menjadi sinar harapan kepada mereka,” katanya pada lawatan tapak projek di sekitar Arau semalam.

Menurut beliau, antara inisiatif utama MADA termasuk pemasangan sebuah stesen pam elektrik berkapasiti 10Q di Parit ARBDr. 3 dan sebuah stesen pam diesel berkapasiti 5Q di Parit ARBDr. 2.

Selain itu, 15 unit pam bergerak kecemasan turut disediakan untuk digunakan segera apabila paras air meningkat, bagi mempercepatkan aliran keluar air banjir dari sawah dan kawasan penempatan.

MADA juga akan membina sebuah pintu belat di Paloh bagi mengawal aliran keluar masuk air di kawasan seluas 40 relung atau kira-kira 13 hektar, sekali gus melindungi tanaman daripada risiko tenggelam.

“Kemudahan ini mampu mempercepatkan aliran air ke Sungai Arau berbanding sebelum ini disalurkan ke Sungai Perlis yang terpaksa melqlui jarak sehingga enam kilometer.

Apabila air banjir dapat dikeluarkan dengan cepat, pesawah tidak lagi terbeban dengan kos menanam semula,” jelas Razali.

Beliau turut mengingatkan pesawah supaya mematuhi jadual penanaman padi mengikut fasa MADA bagi memastikan pengeluaran padi meningkat dan kawalan pengairan dapat diatur dengan lebih sistematik.

Usaha MADA ini adalah bukti komitmen berterusan agensi kerajaan MADANI itu untuk menjaga kebajikan pesawah, terutama selepas insiden banjir besar tahun lalu yang menjejaskan hasil.

Projek ini dijangka bermula pada September 2025 dan siap pada Mei 2026, memberi manfaat langsung kepada 1,100 pesawah serta penduduk setempat.

Related Posts

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

SIBU – Niat untuk menyertai lelongan barangan antik membawa padah apabila seorang pengarah syarikat pembinaan kerugian RM222,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan tidak wujud secara dalam talian. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan