Umno yakin surat layang direka orang luar Johor – Asyraf Wajdi

KLUANG – Umno yakin surat layang yang disebar kepada pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah dari pihak luar kerana konsep bangsa Johor itu sendiri meraikan semua bangsa dan agama.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, orang luar tidak berhak bercakap mengenai Johor kerana istimewanya konsep Bangsa Johor yang dipraktikkan di negeri Darul Takzim itu.

“Saya rasa kita (Umno) meraikan semua rakyat tanpa mengira kaum selama ini.

“Johor ini dia istimewa kerana dia menggunakan model Bangsa Johor. Konsep Bangsa Johor ini dia tidak mengira kaum agama dan itulah apa model ataupun acuan yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) di Johor.

“…yang mana yang bawa suara tu, saya percaya itu daripada suara bukan orang Johor. Orang di luar, bahkan saya pun tak berhak bercakap mengenai Johor kerana istimewanya kerana dia Bangsa Johor,” katanya ketika ditemui media, pada Ahad.

Semalam, ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mendedahkan surat layang yang diedar di perumahan pengundi Cina.

Di mana, dalam terjemahan surat layang berkenaan pengundi Cina digesa supaya tidak undi BN dalam PRK Mahkota supaya memberi pengajaran kepada Umno yang didakwa sombong sekali gus untuk semak dan imbang dalam Kerajaan Negeri Johor.

Susulan perkembangan terkini itu, Shu Qi yang juga ahli DAP meminta pihak penyebar surat layang berkenaan menghentikan gerakan tidak demokrasi itu.

Ditanya bagaimana Asyraf akan membalas serangan surat layang berkenaan, beliau menegaskan jentera Umno akan terus mempromosikan keunikan Bangsa Johor.

“Kita hanya mempromosikan keunikan Bangsa Johor.

“Ya itu yang kita guna. Nama pun surat layang, kalau kita layan, dia akan jadi melayang-layang,” bidas Asyraf.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal