63 barangan ajaran sesat ditemui di premis GISBH di Perlis

KANGAR – Sebanyak 63 barangan berkaitan ajaran sesat ditemui oleh pihak berkuasa dalam serbuan di dua premis milik GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di sini, semalam.

Difahamkan serbuan itu melibatkan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan anggota polis dalam operasi Op Global yang dijalankan sekitar pukul 10 pagi.

Menurut Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim, pihak penguatkuasa menemui buku-buku yang dikaitkan dengan ajaran yang difatwakan sesat di negeri tersebut.

“Operasi itu dilaksanakan bagi menguatkuasakan Fatwa Ajaran Sesat Berunsur Batiniah yang diwartakan pada 28 Ogos 2024.

“Najmuddin turut menasihatkan umat Islam di Perlis agar menjauhi ajaran tersebut yang telah disahkan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, JAIPs turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan ajaran tersebut supaya tampil membantu siasatan.

Pada minggu lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa ajaran GISBH mengandungi unsur sesat, terutama berkaitan fahaman batiniah.

Kenyataan rasmi Jawatankuasa Fatwa itu menyebut, ajaran tersebut merupakan kesinambungan dari ajaran al-Arqam yang pernah difatwakan sesat.

Jawatankuasa itu juga menyatakan pengkultusan pemimpin dalam kalangan ahli GISBH adalah melampau hingga menyamakan mereka dengan Nabi Muhammad SAW.

Lebih membimbangkan, pemimpin tersebut dipercayai mempunyai keupayaan luar biasa dan mampu mengetahui perkara ghaib.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan