UMNO ‘tebus’ tanah dijual Pas di Kelantan Selatan

GUA MUSANG – Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan UMNO pada 1978 yang berjaya memperoleh semula tanah berkelulusan 350,000 ekar dijual kerajaan Pas.

Katanya, selepas memenangi pilihan raya pada tahun itu, kerajaan negeri dipimpin UMNO menubuhkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk membantu penduduk setempat.

“Kita runding siang dan malam sehingga dapat balik tanah ini… bermula dengan itu, kita tubuh Kesedar dan kita bawa Felda ke Kelantan,” katanya ketika program di Jeram Tekoh, dekat sini, petang Rabu.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Barisan Nasional (BN) di Nenggiri.

Katanya, rancangan kemajuan tanah seperti Felda dan Kesedar telah memberi banyak faedah kepada pembangunan ekonomi peneroka di Kelantan Selatan termasuk Gua Musang.

“Selain dapat kutipan hasil daripada tanaman getah, kelapa sawit, anak-anak dapat ilmu apabila dihantar belajar sampai ke universiti.

“Banyak faedah yang dapat dan ramai yang sudah menjadi ahli profesional yang bertugas di luar Kelantan,” katanya.

Ku Li berkata, setelah memerintah Kelantan selama 34 tahun, Pas masih tidak berubah, dan beliau memberi amaran parti itu mungkin akan hilang kuasa jika rakyat membuat keputusan untuk mengubah kepimpinan negeri.

“Tuhan tak beri (masa) lama kepada semua perkara yang berlaku di dunia ini.

“Jadi saya tengok satu masa Pas pun akan turun juga seperti yang berlaku kepada pihak lain.

“Mungkin dia (Pas) fikir dia kekal berkuasa, tetapi masa akan datang kita tak tahu mungkin boleh tumbang. Ini terpulang kepada sikap rakyat itu sendiri,” katanya.

Related Posts

Naim komited perkasa keusahawanan, pelancongan Kinabatangan

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar komited memperkasa sektor keusahawanan dan pelancongan di Kinabatangan sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu. Naim berkata, usaha berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miha optimis BN menang di Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) optimis BN akan terus menerajui Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag. Beliau berkata, perkara itu berdasarkan maklum balas positif pengundi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi