Laporan akhir nahas pesawat di Elmina hampir siap

PUTRAJAYA – Laporan akhir bagi nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, 17 Ogos tahun lepas, bakal selesai dalam tempoh terdekat, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

“Kita akan umum laporan akhir nahas pesawat di Elmina dalam masa beberapa hari sebelum genap setahun tragedi berkenaan,” katanya pada sidang media bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, di sini hari ini.

Anthony berkata, laporan Awal Kemalangan Pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah dikeluarkan 15 September tahun lepas.

Laporan akhir nahas itu dijangka diselesaikan pada Ogos tahun ini selaras dengan standard Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13) yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen berkenaan.

Pada 17 Ogos tahun lalu, pesawat model Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS).

Kemalangan itu meragut 10 nyawa iaitu enam penumpang dan dua anak kapal serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James