SUKMA 2024: Melaka rangkul dua pingat emas dalam acara nanquan

KONTINJEN Melaka meraih dua pingat emas pada hari pertama pingat dipertandingkan di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Sarawak.

Sukan wushu yang membuka gelanggang pada Rabu menyaksikan Melaka menguasai dua pingat emas menerusi kategori Nanquan lelaki dan wanita.

Atlet wushu dari Melaka, Bryan Ti Kai Jie, menyumbangkan emas pertama buat kem Melaka dalam acara nanquan kategori lelaki di saingan SUKMA 2024 selepas mengumpul 9.600 mata di Dewan Wushu SSC, Petra Jaya, disini pada Rabu malam.

Bryan bersaing rapat bersama pemenang pingat perak, Foo Mun Fei, yang berjaya memperoleh 9.560 mata, manakala atlet tuan rumah Fung Tai Leong terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas kedua-duanya berkongsi 9.560 mata.

Melaka menambah pingat emas kedua menerusi Pei Ler Tan dari acara Nanquan wanita dengan 9.500 mata manakala atlet Johor, Eunice Pang Wei En meraih perak dan Gillian Ying Tze Ong meraih gangsa buat Pulau Pinang.

Persembahan Bryan yang mempertaruhkan konsep seni mempertahankan diri memastikan pingat emas menjadi miliknya untuk mengatasi 16 atlet lain dalam acara itu secara keseluruhan.

Pada Julai lepas, pemenang dua pingat emas kejohanan remaja dunia 2022 di Indonesia itu berdepan satu ujian getir apabila diserang demam yang berlarutan selama 10 hari.

Akibatnya, apabila atlet itu kembali beraksi menjalani latihan, tahap kecergasannya merosot akibat tidak mampu melakukan rutin seperti biasa sekali gus memberi tekanan besar kepada dirinya.

“Bila berlatih semula, saya tak boleh habiskan satu rutin pun, memang mencabar, setiap kali cuba habiskan satu rutin, saya akan batuk dan muntah, jadi saya sangat stress masa itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat acara nanquan lelaki SUKMA 2024 di Dewan Wushu SSC disini.

Mengulas lanjut, Bryan mengakui beliau enggan membiarkan kesukaran itu menghalang cita-citanya untuk melakar kejayaan pada penampilan SUKMA terakhirnya.

“Saya mesti kuatkan mental, jadi kena berlatih lebih kuat. Kalau orang lain berlatih satu rutin penuh, saya kena buat dua rutin, kalau orang lain berlatih selama 30 minit, saya kena buat 1 jam,” katanya yang turut dijadualkan turun beraksi dalam acara nangun pada hari ini dan nandao pada Jumaat.

Bryan juga turut menyasarkan untuk menjejakkan kaki ke kejohanan lebih besar di peringkat senior dalam acara Wushu seperti Sukan SEA, Sukan Asia atau Sukan Universiti Dunia dan memberi kemenangan untuk Malaysia.

Wushu, sukan yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan menawarkan keseluruhan 28 pingat emas sepanjang tiga hari pertandingan bermula pada Rabu.

Related Posts

Kota Belud jadi perhentian baharu ‘Sail Malaysia Passage to The East Yacht Rally’

KOTA KINABALU – Kota Belud, yang dikenali sebagai Daerah Koboi Timur, bakal membuat penampilan sulungnya sebagai satu perhentian bagi Sail ‘Malaysia Passage to East Yacht Rally’ tahun ini. Pembantu Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HTAA rawat bekas pemain hoki tular kurang siuman

KUANTAN – Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi yang dikatakan tidak siuman kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dekat sini, untuk tujuan rawatan. Pengarah Jabatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau