Lelaki dikhuatiri hilang semasa tangkap ikan di sungai Kota Belud

KOTA BELUD – Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas dilaporkan keluar pergi menangkap ikan di sungai Kampung Lebak Moyoh Kupang di sini sejak Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa Noordin Punjuh, 51, disedari tidak balik ke rumah oleh adik mangsa selepas keluar pukul 11 pagi kelmarin.

“Kira-kira pukul 10 malam adik mangsa telah ke sungai tersebut untuk mencari abangnya.

“Namun hanya menemui jala, beg pinggang, telefon, selipar dan baldi di tepi sungai. Penduduk kampung turut membantu membuat pencarian awal,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Syazwan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.28 pagi pada Isnin berhubung kejadian tersebut.

Katanya, pasukan bomba bergerak ke lokasi selepas panggilan kecemasan dibuat untuk mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Seramai 10 anggota bomba dibantu enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di lokasi pada pukul 8.36 pagi.

“Maklumat berkenaan kejadian akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Related Posts

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

PADANG BESAR – Polis merampas 31.6 tan kaki ayam dan 10.2 tan hati ayam beku dalam serbuan ke atas sebuah gudang penyimpanan haram barangan sejuk beku di kawasan Perindustrian Padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif