Kementerian, agensi berkaitan pelancongan perlu bekerjasama dengan Motac

PUTRAJAYA – Semua kementerian dan agensi berkaitan pelancongan perlu mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama rapat antara kementerian dan agensi amat penting dalam mewujudkan ekosistem kondusif untuk pembangunan industri pelancongan negara.

“Ia juga akan membolehkan sebarang isu yang timbul diatasi segera selain mengelakkan kekeliruan dari segi bidang kuasa, kawal selia dan penguatkuasaan khususnya dalam menjayakan penganjuran Kempen Melawat Malaysia 2026,” katanya dalam satu kenyataan susulan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Motac bersama Kementerian Pengangkutan juga telah mengadakan perbincangan berkaitan isu pengoperasian bas persiaran termasuk langkah perlu diambil jika berlaku kemalangan jalan raya membabitkan warga asing.

Selain itu, beliau berkata satu garis panduan baharu akan dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet bagi menyediakan kerangka kerja komprehensif serta mengawal selia aktiviti Penginapan Sewaan Jangka Pendek.

“Garis panduan ini memastikan pematuhan kepada perundangan semasa, memudahkan proses pelesenan dan menangani isu gangguan komuniti seperti bunyi bising, kekurangan tempat letak kereta, pembuangan sampah serta penyalahgunaan fasiliti bersama,” katanya.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen