UMNO sedia heret Jailani ke mahkamah

PONTIAN – ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang bertindak menyertai Pas bakal diheret ke mahkamah selain perlu membayar denda RM100 juta.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia susulan perjanjian dan akujanji ditandatangani semua calon BN pada PRN Melaka, PRN Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, ketika PRN Melaka berlangsung pada tahun 2021, semua calon mewakili BN bersetuju menandatangani perjanjian tersebut, termasuk dikenakan bon jika lompat parti.

“Apa yang Dr Akmal (Ketua Pemuda UMNO) sebut Muhamad Jailani kena bayar RM100 juta itu betul.

“Memang ada perjanjian bagi memperingatkan calon BN agar tidak mengkhianati parti.

“Tentunya pimpinan UMNO akan mengambil tindakan susulan selain tindakan kerajaan negeri Melaka untuk melihat akta lompat parti dan sebagainya,” jelasnya seperti dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan mendakwa wakil rakyat yang melompat parti telah dilakukan ke atas bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamarudin oleh PKR dan diarahkan membayar denda RM10 juta oleh mahkamah.

“Denda dikenakan BN pula sebanyak RM100 juta. Ia bagi mengingatkan wakil rakyat BN supaya tidak sesekali melanggar perjanjian.

“Denda sebanyak RM100 juta itu adalah kos ditanggung oleh parti dan nilai jenama logo BN serta segala perbelanjaan dikeluarkan BN semasa calon bertanding pada pilihan raya

“Tindakan mengenakan perjanjian ini diambil susulan daripada tindakan 15 ahli parlimen UMNO menyertai Bersatu dan seorang ke parti Warisan selepas PRU14 pada tahun 2018.

“Pada masa itu belum ada akta anti lompat parti,” jelasnya.

Ditanya mengenai keperluan mengisytiharkan kerusi DUN Rembia kosong dan PRK perlu diadakan, Ahmad berkata, ia bergantung kepada kerajaan Melaka dan Speaker DUN.

Pada Selasa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhammad Jailani – yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO – sah menyertai Pas.

Katanya, kemasukan Muhamad Jailani ke parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu, sebelum DUN Melaka meluluskan Akta Anti Lompat Parti yang dinamakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 pada 31 Julai 2023.

UMNO tahun lalu menggantung keahlian Muhamad Jailani selama enam tahun selepas didakwa melakukan sabotaj terhadap parti dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional bagi PRK DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Related Posts

Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR

PERSAINGAN bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menjadi semakin hangat apabila dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan, menyatakan pandangan bahawa Nurul Izzah Anwar adalah calon utama yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Armizan harap semangat saling menghormati diperkukuh dalam Kerajaan Perpaduan

PAPAR – Timbalan Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali menyuarakan pandangan agar setiap tindakan dalam Kerajaan Perpaduan diambil dengan penuh pertimbangan, khususnya melibatkan komunikasi rasmi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pencalonan Nurul Izzah: Bukan soal nepotisme, tetapi legitimasi akar umbi

Pencalonan Nurul Izzah: Bukan soal nepotisme, tetapi legitimasi akar umbi

Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR

Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR

Perahu naga bukan sekadar sukan tapi jalin budaya, semangat komuniti

Perahu naga bukan sekadar sukan tapi jalin budaya, semangat komuniti

Tiga rumah, tiga kenderaan musnah dijilat api di Tawau

Tiga rumah, tiga kenderaan musnah dijilat api di Tawau

Hargai ketulusan PH, Anwar peka terhadap isu Sabah – Armizan

Hargai ketulusan PH, Anwar peka terhadap isu Sabah – Armizan

45 kanak-kanak terbunuh di Gaza – UNICEF

  • By Siti
  • May 17, 2025
45 kanak-kanak terbunuh di Gaza – UNICEF