Jentera PH sedia bantu calon BN PRK Nenggiri

JENTERA Pakatan Harapan (PH) sedia membantu gerak kerja kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, kata Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil. 

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, pihaknya akan berhubung dengan pejabat Ketua UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi meneliti keperluan dalam usaha membantu kempen itu.

“Kami akan memberikan kerjasama baik dan sememangnya saya sendiri mengharapkan kempen ini akan berjalan dengan tertib tanpa menggunakan kata kesat dan menyinggung hati. Berkempenlah dengan baik termasuk di media sosial,” katanya ketika ditemui media di Istana Negara. 

Terdahulu Fahmi meninjau raptai penuh Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan mendengar taklimat daripada wakil Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri. 

Semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon BN bagi PRK Nenggiri.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong pada 19 Jun lepas selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Susulan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar