Tujuh premis jual barang tiruan diserbu KPDN Pahang

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang merampas pelbagai barangan berjenama disyaki tiruan bernilai RM45,000 hasil serbuan ke atas tujuh premis di sekitar negeri ini pada Selasa dan Rabu lalu.

Pengarahnya, Jezlily Jamaluddin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan tiga lelaki warga tempatan berusia antara 30 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya, operasi serbuan membabitkan lima premis menjual aksesori telefon bimbit dan dua premis menjual barangan penjagaan diri itu disertai 25 anggota penguat kuasa KPDN Pahang bersama wakil pemilik cap dagangan berdaftar berkaitan.

“Serbuan dijalankan ke atas premis menjual barangan tiruan di sekitar daerah Kuantan, Pekan, Maran dan Temerloh.

“Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan menemukan sejumlah aksesori telefon bimbit dan barangan penjagaan diri jenama terkenal yang dipamerkan di dalam premis bagi tujuan perdagangan atau jualan kepada pengguna,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Jezlily berkata, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 102, Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815].

“Beberapa dokumen perniagaan juga disita bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Beliau menegaskan pihak KPDN sentiasa memberi peringatan dan amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti menjual barangan yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah.

“Pengguna juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak menyokong aktiviti penjualan barangan tiruan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kerugian kepada rakyat dan negara, selain mengancam keselamatan pengguna itu sendiri.

“Pihak kami mengalu-alukan kerjasama pengguna untuk sama-sama menjadi mata dan telinga dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan oleh peniaga melalui pelbagai medium penyaluran aduan yang disediakan,” katanya.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan