UMNO perlu guna pendekatan berbeza di PRK Mahkota

KUALA LUMPUR – UMNO perlu menggunakan pendekatan berbeza dalam pilihan raya kecil (PRK) Mahkota sekiranya mahu mengekalkan momentum kemenangan di PRK Nenggiri.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mempunyai komposisi pengundi campuran, berbeza dengan pengundi di Nenggiri, jelas memerlukan sentuhan berbeza.

“Keadaannya (DUN Mahkota) berlainan. Saya rasa kerana di Nenggiri itu hampir 100 peratus pengundi Melayu.

“Jadi kita berhadapan Pas sahaja. Walaupun dia kerajaan tapi satu parti sahaja yang menentang kita.

“Di DUN Mahkota, saya rasa berbeza kerana kerusi di sana pengundi campuran dan walaupun majoriti Melayu, (pengaruh) bukan Melayu juga hebat.

“Jadi kena guna strategi lain dan tindakan yang perlu dilakukan oleh aktivis parti mestilah berbeza dengan apa yang diamalkan di Nenggiri,” katanya ketika ditemui media pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada UMNO mampu mengekalkan momentum kemenangan seperti PRK DUN Nenggiri pada PRK DUN Mahkota yang bakal berlangsung bulan depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Nenggiri bukan hanya memberi gambaran sokongan orang Melayu kembali kepada UMNO tetapi juga UMNO akan terus mendapat sokongan pada masa akan datang.

“Kalau kita melakukan apa yang dituntut oleh mereka, dan kita bukan sahaja bercakap tetapi melaksanakan, saya rasa mereka akan menyokong kita.

“Jadi kalau kita buktikan apa kita buat itu dilakukan dengan ikhlas, pengundi akan menambah sokongan kepada kita dan barangkali itu akan menyebabkan ramai orang Melayu kembali kepada UMNO,” katanya.

Ditanya mengenai kewujudan gelombang hijau di Kelantan, Tengku Razaleigh bagaimanapun menolak perkara tersebut.

“Gelombang hijau itu orang cakap sahaja… saya tak rasa ada gelombang hijau.

“Ini cakap-cakap orang Pas barangkali… nak mengukuhkan propaganda dia,” katanya.

Related Posts

Teraju Pahang slogan kosong Pas

KUANTAN – Kerajaan Pahang yang ketika ini diterajui UMNO tidak terkesan dengan kempen ‘Teraju Pahang 2.0’ yang sedang dilakukan Pas. Sambil menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada slogan ‘kosong’, Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokongan semula kepada Tun M bukti Tun Faisal tidak konsisten – Puad

KRITIKAN oleh Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz terhadap jalinan kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan dilihat umpama menempelak dirinya sendiri. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI