Bidang pendidikan, TVET mampu beri peluang lebih baik kepada anak muda

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Pulau Pinang mahu bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diperkasakan lagi.

Ketau Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas, Zainab Abu Bakar dalam perbahasannya pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC berkata, meletakkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional TVET sebagai bidang yang mampu memberi peluang lebih baik kepada anak muda.

“Ini adalah usaha Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas usaha pemerkasaan TVET di Malaysia.

“TVET adalah salah satu canang yang boleh dipilih anak-anak muda yang ingin menakkan taraf kehidupan mereka,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Zainab yang juga mewakili Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang mencadangkan agar Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan lagi usaha memberi kefahaman dan hala tuju yang jelas kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa selepas memperolehi sijil atau pun diploma kemahiran TVET mereka.

“Masih ramai lepasan sijil atau pun diploma kemahiran masih tidak jelas arah tuju dan seterusnya mengakibatkan tidak mendapat pekerjaan yang bertepatan dengan kelayakan yang dimiliki.

“Seterusnya, ia harus diberikan latihan modal insan dan kemahiran TVET kepada anak muda ini amat perlu bagi mereka lebih bersedia mendepani cabaran masa kini dan seterusnya,” katanya pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO, di Dewan Tun Razak, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Datuk Mohd Rafii Alli Hassan; Datuk Lokman Nor Adam; mantan-mantan Exco Wanita UMNO serta perwakilan Wanita UMNO seluruh negara.

Related Posts

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

PUTRAJAYA – Amerika Syarikat (AS) sudah menggerakkan usaha diplomatik bagi membolehkan Presiden Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober ini. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, pentadbiran AS sedang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

PUTRAJAYA – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu menumpukan kepada keutamaan strategik sektor agromakanan serta memastikan pelaksanaannya di peringkat lapangan diterjemah dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan petani, peladang dan nelayan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas