Jentera PH turut bantu kemenangan PRK DUN Nenggiri

KUALA LUMPUR – Bantuan jentera dari Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak boleh dinafikan sehingga menjadi antara penyumbang kepada kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmi Azmawi Abdul Ghani.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, meskipun ada pihak menyatakan hanya jentera UMNO yang berkempen, namun jentera PH juga turun padang untuk bertemu penyokong dan ahli mereka yang merupakan pengundi di situ.

Menurut beliau, ini membuktikan dakwaan yang dilemparkan pembangkang bahawa parti komponen Kerajaan Perpaduan ‘tidak sebulu’ hanyalah fitnah bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap gabungan terbabit.

“Di Nenggiri, orang kata UMNO yang bertanding, jentera UMNO ‘all out’ dan sebagainya tapi kita tak boleh nafikan bantuan jentera PH yang turut bertemu penyokong dan ahli mereka yang juga pengundi di Nenggiri.

“Jadi secara tak langsung bantuan itu ada dan ahli parti (UMNO) yang bekerja di Nenggiri menyedari perkara ini. Kita sedikit sebanyak saling bantu membantu, lama-lama OK… insya-Allah.

“Macam saya kata gaduh dah lama dan tiba-tiba berkawan, jadi ada susah (permulaan) tapi (hubungan) bertambah baik dari semasa ke semasa,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Pada PRK DUN Nenggiri Sabtu lalu, calon UMNO, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, merampas semula kerusi Nenggiri dengan memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi.

Mengulas lanjut, Mohd Noor Helmy turut mengambil mengambil contoh hubungan antara UMNO dan DAP yang berterusan digunakan pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Politik persepsi bukan perkara betul sentiasa, tapi bila terus dimainkan yang tak betul pun jadi betul.

“Contoh dalam hubungan dengan DAP, kita (UMNO) ni bergaduh dah lama, tiba-tiba ada ‘bonding’ secara mengejut, kadang-kadang bukan senang nak diterima ahli,” katanya.

Mengulas perkara berbeza, Mohd Noor Helmy berkata, untuk bersifat adil tidak boleh 100 peratus anak muda ditampilkan sebagai calon pilihan raya bagi mewakili UMNO dan BN.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka memaklumkan, golongan senior juga mempunyai peranan malah pengalaman dalam pentadbiran mereka perlu diambil kira, bukan semata-mata idea baharu yang dibawa dari semasa ke semasa.

“Nak mentadbir negara ini bukan senang, jadi kita kena bersifat adil, tidak boleh nak 100 peratus calon muda, mesti ada kesinambungan daripada senior dan orang seterusnya.

“Ambil contoh di Melaka, Ketua Menteri berumur 60 tahun lebih, tapi Exco kanan orang muda berusia dalam lingkungan 30-an. Jadi selang seli usia ini memberi dinamika yang menarik,” katanya.

Related Posts

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan