UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan namun ‘kari pullay’ sebagai amaran

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan selari dengan komitmen untuk memastikan kestabilan politik dan tadbir urus negara terpelihara.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti juga mengambil maklum dan meneliti pelbagai saranan yang dikemukakan oleh jurucakap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO termasuk pandangan yang disuarakan oleh perwakilan dari negeri-negeri.

“Saya ingin menegaskan bahawa dokongan kita kepada kerajaan sedia ada adalah berkekalan,” katanya ketika berucap pergulungan ucapan Presiden UMNO Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025,

Beliau turut berkongsi pengalaman berkaitan pendekatan rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk PKR yang mengadakan perbincangan dalaman melibatkan kepimpinan dan ahlinya.

Menurutnya, Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan bahawa pembentukan kerajaan tidak boleh memenuhi semua tuntutan mana-mana pihak memandangkan Kerajaan Perpaduan dianggotai oleh 17 parti.

“Perkongsian kuasa dan pembahagian jawatan perlu mengambil kira semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau turut menepis dakwaan segelintir pihak dalam PKR yang menuduh Perdana Menteri tunduk kepada tekanan UMNO, sambil menegaskan bahawa parti itu tidak pernah menekan Perdana Menteri dalam sebarang urusan.

“Bayangkan UMNO hanya mempunyai 26 kerusi Parlimen, namun kita memperoleh lapan jawatan menteri termasuk wakil daripada parti komponen Barisan Nasional. PKR dan DAP pula memiliki jumlah kerusi yang jauh lebih besar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap para perwakilan dan ahli UMNO memahami realiti politik semasa serta menyedari bahawa Perdana Menteri sentiasa menghargai peranan dan sumbangan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya yakin Perdana Menteri cukup menghormati dan menyayangi UMNO sebagai rakan strategik dalam pentadbiran negara,” katanya.

Namun, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perumpamaan ‘daun kari pullay’ dalam Ucapan Dasar beliau, semalam, adalah sebagai peringatan kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, peringatan kepada Anwar itu dibuat supaya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu percaya kepada UMNO jika serius mahu berkawan.

Mengambil contoh penapisan calon pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Anwar perlu memberi kepercayaan kepada UMNO untuk menentukannya.

“Ini saya tahu beliau (Anwar) dengar (ucapan penggulungan Presiden UMNO) tetapi saya peduli apa. Kita tidak ada agenda, berilah kepercayaan kepada kita untuk menentukan (calon untuk dilantik sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah GLC dan GLIC).

“Nak ragu-ragu fasal apa? Kalau tak percaya Ahmad Zahid, hendak percaya siapa lagi? Kalau bukan UMNO dan BN (Barisan Nasional) beri sokongan walaupun kerusi kita hanya 30 dan beliau (PH) ada 82… inilah yang menyebabkan beliau boleh menjadi Perdana Menteri.

“Itulah saya kata ‘daun kari pullay’. Bila nak masak kari, daun kari pullay masuk dalam kuali, bila nak makan letak dekat tepi.
“Jika mahu berkawan, buat cara seperti hendak berkawan dan percaya kepada kita. Insya-Allah, kita tak khianati kawan,” katanya.

Related Posts

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

ISU royalti petroleum kembali dipolemikkan seolah-olah wujud ketidakadilan besar terhadap negeri pengeluar seperti Terengganu. Namun, persoalan sebenar yang perlu ditanya bukanlah ‘berapa banyak negeri terima’, tetapi bagaimana sistem ini sebenarnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC