UMNO bidas cadangan Pas kahwin bukan Melayu sebagai alat politik, raih undi

KUALA LUMPUR – Pimpinan UMNO mengecam cadangan Setiausaha Pemuda Pas Selangor, Aubidullah Fahim Ibrahim supaya berkahwin dengan wanita bukan Melayu sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyelar niat perkahwinan yang disyor Aubidullah itu sebagai jelas tersasar dengan matlamat asal perkahwinan dalam Islam.

“Perkahwinan dalam Islam adalah kesatuan suci di hadapan Allah.

“…dan tidak boleh digunakan sebagai alat untuk keuntungan politik dan nafsu untuk berkuasa,” tegur Asyraf di X pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai komen balas daripada kenyataan pemimpin sayap Pemuda Pas itu yang mengemukakan saran berkahwin dengan wanita bukan Melayu sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Aubidullah di Muktamar Pas berkata, taktik sedemikian boleh memenangkan parti itu bukan saja berpuluh, malah ratusan undi.

“Kami (Pemuda Pas) di Selangor ada cadangan. Tapi Ketua Pemuda Pas (Afnan Hamimi Taib Azamudden) tak ada pula.

“Kita nak cadangkan supaya kepimpinan Pemuda ini perlu berkahwin rentas kaum ataupun rentas budaya. Kerana apa? Kerana apabila kita berkahwin merentas kaum ataupun budaya ini, kita bukan sekadar boleh menangkap satu undi, tapi Insya-Allah kita akan menangkap 10 bahkan ratusan undi daripada bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya di Muktamar Pas ke-65, pada Khamis.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mencadangkan Pas supaya ‘kahwin politik’ dengan DAP kerana menurut beliau ia lebih praktikal.

“Pemuda Pas Selangor mencadangkan ahli-ahli sayapnya berkahwin merentasi kaum dan budaya. Tujuannya supaya Pas dapat menambah undi bukan Melayu kepada parti itu.

“Kalau kahwin tujuannya undi semata-mata lebih baik Pas kahwin politik dengan DAP. Itu lagi praktikal.

“Dapat undi bakul untuk menang sesebuah kerusi. Ceraikanlah Gerakan tu. Anak pun tak ada,” bidas Puad.

Related Posts

Benteng UMNO Kedah tetap kukuh walau tidak lagi memerintah

PADANG TERAP – UMNO Kedah menegaskan bahawa parti itu masih mempunyai kekuatan tersendiri di negeri ini walaupun tidak lagi memegang tampuk pentadbiran sejak 2018. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta