PRK Mahkota: Pertaruh calon ‘biasa-biasa’, PN atur strategi selamat jika kalah

PUTRAJAYA – Peletakan bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar sebagai taruhan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah merupakan ‘jalan selamat’ parti itu, kata geostrategis Prof Azmi Hassan.

Pada Rabu, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan Mohamad Haizan sebagai calon bakal mewakili gabungan itu pada 28 September ini.

Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, sebagai calon yang turut mempunyai pengalaman lebih 10 tahun bersama UMNO.

Beliau berkata, posisi DUN Mahkota merupakan kubu kuat UMNO dan BN yang agak sukar dirampas oleh pihak pembangkang.

Azmi juga menyifatkan, sekiranya PN kalah pada pilihan raya kali ini mereka tidak akan membawa bebanan terlalu besar berbanding meletakkan nama-nama besar sebagai calon.

“Mengenai calon mereka di DUN Mahkota, calon itu kita anggarkan sebagai anak tempatan tetapi kalau dibandingkan dengan calon Barisan Nasional (BN) yang memang telah bergerak aktif di kawasan DUN Mahkota memang tidak sukar untuk membuat perbandingan dengan calon PN tidak begitu dikenali.

“Saya fahami kenapa mereka meletakkan calon demikian kerana PN tahu mereka sukar untuk merampas kerusi itu dan kalau diletakkan nama-nama besar atau ikon Perikatan Nasional di Johor maka apa yang mereka akan tempuhi adalah kekalahan dan akan menjadi tamparan hebat,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Khamis.

Jelas beliau lagi, PN juga telah sedia mempunyai alasan kukuh dan tidak ‘tebal muka’ sekiranya Mohamad Haizan tidak memenangi pilihan raya kali ini.

“Tetapi sekiranya tewas calon, mereka akan mengatakan tidak mengapa ini adalah calon muka baharu dan seharusnya tidak mengejutkan jika mereka tewas dan ini dikatakan ‘terikat tangan’ PN untuk memilih calon yang sesuai di DUN Mahkota,” katanya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRK DUN Mahkota pada 28 September, dengan penamaan calon pada 14 September dan pengundian awal pada 24 September.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Related Posts

Benteng UMNO Kedah tetap kukuh walau tidak lagi memerintah

PADANG TERAP – UMNO Kedah menegaskan bahawa parti itu masih mempunyai kekuatan tersendiri di negeri ini walaupun tidak lagi memegang tampuk pentadbiran sejak 2018. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta