Ujian dron awasi sempadan dilaksana dalam masa terdekat

KAWALAN sempadan antarabangsa di Perlis dijangka diperkasa dengan penggunaan teknologi terkini termasuk dron berteknologi tinggi untuk mengesan sebarang penyusupan sindiket jenayah rentas sempadan.

Menurut sumber, Kementerian Dalam Negeri memilih Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk melaksanakan projek rintis teknologi digital kawalan sempadan itu.

“Projek ini dijadualkan diuji di salah satu pos kawalan sempadan pada pertengahan November ini akan menggunakan teknologi dron dari Turki untuk memantau dan mengesan sebarang pencerobohan.

“Apabila mengesan pergerakan mencurigakan, sistem teknologi ini seterusnya memberi isyarat kepada anggota bertugas PGA.

“Usaha ini turut melibatkan kolaborasi dengan unit dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi meningkatkan pemantauan udara,” katanya.

Tambahnya, setiap batalion PGA dibekalkan dengan sebuah dron yang dikendalikan cawangan risik bagi membantu kejayaan tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta rampasan ketum dan dadah,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim menegaskan pentingnya teknologi canggih dalam memperkukuhkan kawalan sempadan.

“Penggunaan teknologi seperti dron dan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi adalah langkah proaktif dalam memantau dan mencegah jenayah rentas sempadan.

“Dengan kerjasama pelbagai agensi, kita dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan menjamin keselamatan jenayah rentas sempadan negeri Perlis,” ujarnya.

The Malaysia Press turut dimaklumkan pihak berkuasa mengesan kes penerbangan dron amatur oleh penduduk Thailand yang tinggal berhampiran sempadan negara sebelum ini.

Situasi ini jelas menekankan keperluan pengawasan udara lebih ketat. Penggunaan teknologi terkini seperti CCTV dan dron dapat membantu memperkasakan kawalan sempadan selain kawalan aset manusia yang berterusan.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan