Projek Lebuhraya WISE, penghubung baharu Kuala Kangsar-Gopeng

LEBUHRAYA West Ipoh Span Expressway (WISE) melibatkan lebuh raya bertol dari Kuala Kangsar ke Gopeng dengan anggaran 60.88 kilometer (km) secara penswastaan, menelan belanja kira-kira RM6 bilion merupakan penghubung baharu yang dijangka siap empat tahun lagi iaitu menjelang 2028.

Pembinaan WISE melalui Siputeh dan Batu Gajah di negeri Perak ini melibatkan enam persimpangan iaitu dua di Kuala Kangsar, satu di Jerlun, satu di Siputeh dan dua lagi di Gopeng.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pembinaan Lebuhraya WISE ini merupakan satu inisiatif dalam menyuraikan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan Gopeng ke Kuala Kangsar sekaligus mengurangkan risiko kemalangan.

Ujarnya, dengan terbinanya lebuh raya ini nanti, ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan di Terowong Menora di samping menyediakan laluan lebih selamat dan lancar.

“Projek WISE adalah komitmen untuk meningkatkan keselamatan perjalanan dan menawarkan alternatif kepada pengguna Lebuhraya PLUS.

“Faktor topografi berbukit di Gopeng-Kuala Kangsar juga antara punca pergerakan kenderaan yang perlahan.

“Memahami kesusahan dan pentingnya keselamatan rakyat, pelaksanaan Projek WISE sebagai laluan alternatif tentunya diharapkan dapat mewujudkan penyelesaian kepada kesesakan dan kemalangan di laluan ini,” kata beliau.

Beliau berkata sedemikian baru-baru ini, selepas hadir pada Penyerahan Dokumen Perjanjian Konsesi Lebuhraya WISE bagi menandakan permulaan perjalanan baru untuk rakyat Malaysia, di ibu negara.

Jelas Nanta, kadar tol yang ditetapkan bagi lebuh raya itu adalah sebanyak 23 sen per km bagi tempoh konsesi selama 55 tahun termasuk empat tahun tempoh pembinaan.

“Kaedah penetapan kadar tol ini adalah unik kerana pertama kali dilaksanakan dalam negara dan ia pastinya memberikan manfaat kepada bakal pengguna lebuh raya kerana tiada kenaikan terhadap perbelanjaan rakyat untuk tempoh yang lama,” ujar beliau.

Selain itu, Nanta berkata, Aras Perkhidmatan (LOS) bagi Lebuhraya PLUS di Seksyen Gopeng-Kuala Kangsar adalah pada tahap LOS D dan dijangka mencapai kapasiti penuh (LOS F) menjelang 2030.

Beliau berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) menjangkakan sekiranya Projek WISE tidak dilaksanakan, kerajaan perlu menanggung kos pelebaran Lebuhraya PLUS apabila bilangan trafik mencapai kapasiti maksimum dan seterusnya akan memberi implikasi kewangan yang tinggi kepada kerajaan.

Tambahnya, beliau juga berharap syarikat konsesi yang telah diamanahkan dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh integriti dan menepati segala syarat, piawaian dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Pada 5 September lalu, pihak kerajaan telah menandatangi Perjanjian Konsesi Lebuhraya WISE bersama syarikat East Coast Road Sdn Bhd (ECRSB) yang mencadangkan projek itu.

Sementara itu, tinjauan wartawan The Malaysia Press (TMP), mendapati ramai pengguna lebuh raya terutama yang setiap hari melalui Lebuhraya PLUS, menyambut baik berkaitan perlaksanaan Projek WISE ini yang bagi mereka satu projek yang sudah lama dinantikan.

Azlina Kamal Bashah, 36, berkata, sememangnya pengguna Lebuhraya PLUS menanti-nantikan projek WISE ini kerana ia satu inisiatif terbaik buat pengguna yang melalui laluan Gopeng ke Kuala Kangsar setiap hari.

“Laluan ini selalu mengalami kesesakan teruk terutama melibatkan hari perayaan atau terdapat kemalangan.

“Dengan adanya laluan baharu nanti, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesesakan tinggi apabila ada laluan alternatif lain nanti,” katanya yang turut berterima kasih dengan kerajaan Pusat dan negeri atas inisiatif ini.

Seorang lagi pengguna, Arizan Hashim, 43, berkata, mengharapkan dengan terbinanya lebuh raya tersebut nanti, ianya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya selain dapat mengurangkan isu kemalangan di laluan terbabit.

“Sudah lama kami nantikan pembinaannya (Lebuhraya WISE). Banyak maanfaat yang bakal diperolehi nanti. Memudahkan dan lancar. Harap kadar kemalangan membabitkan kawasan itu juga dapat dikurangkan,”ujarnya.

Sebelum ini, media turut melaporkan bahawa sinergi pelbagai pihak dalam pelaksanaan projek ini membuktikan kerjasama erat di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak dan pihak swasta yang bukan sahaja memberi manfaat kepada industri lebuh raya, malah mampu menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pengguna lebuh raya itu sendiri.

Kementerian Kerja Raya (KKR) juga berharap agar syarikat konsesi yang diberikan amanah melaksanakan tanggungjawab ini dengan memberikan penekanan kepada aspek kualiti terutamanya dari segi pematuhan spesifikasi piawai, kos dan masa yang ditetapkan serta mengutamakan aspek keselamatan di kawasan tapak pembinaan.

KKR komited terhadap pelaksanaan projek yang berpaksikan Rakyat Madani seperti pembinaan Lebuhraya WISE ini dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang