TVET terima peruntukan RM7.5 bilion

PERUNTUKAN bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dinaikkan kepada RM7.5 bilion selari Dasar TVET Negara yang menetapkan aspirasi dan hala tuju kerajaan bagi memastikan penyelarasan pelaksanaan secara holistik bermula tahun ini sehingga 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu meningkat berbanding RM6.8 bilion pada tahun lalu.

Beliau berkata, keutamaan diberikan bagi meningkatkan kerjasama dengan industri; menyediakan peluang latihan untuk belia rentan termasuk kelompok miskin bandar, terpinggir, pedalaman dan Orang Asli selain membawa khidmat TVET bagi manfaat masyarakat.

“Peluang pendidikan dan latihan TVET akan turut dipertingkatkan. Ini termasuk dana pendidikan sebanyak RM1.2 bilion kepada 77,000 pelajar kolej vokasional dan sekolah menengah teknik, ” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) turut menyediakan pembiayaan sehingga RM500 juta untuk manfaat lebih 20,000 pelatih termasuk RM100 juta khusus untuk bidang keutamaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 merangkumi kenderaan Elektrik (EV), aeroangkasa dan kecerdasan buatan (AI).

Pada Jun lalu, Perdana Menteri melancarkan dokumen Dasar TVET Negara 2030.

Anwar berkata, kerangka ekonomi Madani diperkenalkan kerajaan sebagai instrumen untuk menangani isu sosial dan ekonomi negara secara komprehensif.

Katanya, kerangka itu adalah garapan strategi menyeluruh untuk menggiatkan semula landskap ekonomi Malaysia melalui perungkaian cabaran sedia ada dan penumpuan kepada bidang utama untuk pertumbuhan dan daya tahan mampan.

Related Posts

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) sebagai sokongan bagi persediaan mereka menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap