Sebar, didik orang ramai aplikasi MyDigital ID menerusi PMR Sayangi Sabah

KOTA KINABALU – Program Madani Rakyat (PMR) Sayangi Sabah ini memberi peluang membuka lebih banyak ruang bagi usaha menyebarkan dan mendidik orang ramai khususnya rakyat Sabah berkenaan aplikasi MyDigital ID.

Pengurus MyDigital ID Wilayah Sabah, Rosli Mohd Din berkata, reruai MyDigital ID menerima sambutan baik daripada rakyat Sabah kerana urusan pendaftaran para pengunjung dipermudahkan.

“Sambutan untuk hari pertama sahaja sudah sangat baik, pengunjung datang dari pelbagai golongan dan tempat, terdiri daripada pesara, penjawat awam, pekerja swasta dan sebagainya.

“Mereka berpuas hati dapat mendaftar di sini dengan lebih cepat, sesuai dengan objektif kami pada hari ini ingin memperkenalkan dan mendaftarkan MyDigital ID kepada semua.

Beliau berkata, program seperti Madani Rakyat ini amat baik bagi semua pihak, bukan saja kepada pengunjung tetapi juga kepada pihak MyDigital ID, kerana ianmemudahkan pihaknya untuk menyantuni orang awam, memberi pendidikan dan penerangan yang tepat kepada mereka mengenai MyDigital ID.

“Ramai pengungjung yang datang ke booth kami dengan pertanyaan dan mengaku bahawa mereka kurang tahu berkenaan aplikasi ini.

“Sehubungan itu, urusan pendaftaran dipermudahkan dengan kami membantu mereka melakukan pendaftaran, berbanding secara dalam talian, mereka lebih percaya dan yakin jika mendaftar secara fizikal,” katanya ketika ditemui semasa hari pertama pembukaan reruai MyDigital ID sempena Program Madani Rakyat Sayangi Sabah, di pekarangan Stadium Likas, di sini, pada Jumaat.

Oleh itu, Rosli mengajak agar orang ramai untuk berkunjung ke reruai mereka seterusnya mendaftar MyDigital ID.

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Ahjiam Hai, 58, memberi reaksi positif berhubung pendaftaran aplikasi MyDigital ID.

“Saya rasakan perlu untuk mendaftar kerana untuk mudah mengakses ke beberapa aplikasi yang memerlukan MyDigital ID.

“Walaupun sudah berumur kita perlu mengikut peredaran zaman dan peralihan teknologi terkini, agar tidak ketinggalan dan tercicir kerana teknologi masa ini semakin ke arah pendigitalan.

“Sebelum ini, pernah dengar tentang MyDigital ID tetapi ini baru kali pertama mengetahui bahawa aplikasi ini sebenarnya wujud,” katanya.

Ahjiam berkata, menerusi penerangan yang diberikan, dia rasa tertarik dan berpuas hati hingga terusbmembuat pendaftaran MyDigital ID.

“Saya berharap agar orang ramai di luar sana akan turut sama-sama segera mendaftar aplikasi ini kerana banyak kemudahan yang akan diperoleh melalui penggunaannya.

“Manfaatkan peluang yang ada dalam waktu tiga hari PMR ini berlangsung untuk anda mendaftar dengan lebih selamat dan mudah dan saya juga sangat bersenang hati jika kerajaan dapat membuat lebih banyak kemudahan teknologi seperti ini,” kongsinya.

Sementara itu, Haszliza Hassan, 40, berkata, dia bersetuju MyDigital ID wajar digunakan oleh semua pihak pada zaman kini.

“Dunia masa kini hanya di hujung jari, disebabkan itu saya bersedia mendaftar, saya sangat berterima kasih pada kerajaan kerana mengadakan PMR menambahkan lagi kemudahan kepada urusan semua rakyat khususnya bagi mereka yang berada di luar bandar dan pendalaman kerana adalah lebih mudah mendapatkan maklumat secara terus melalui mereka di reruai MyDigital ID.

“Bagi saya kerana aplikasi MyDigital ID ini sangat memudahkan untuk kita berurusan secara digital tanpa perlu beratur panjang ke kaunter perkhidmatan kerajaan, saya akan syorkan kepada keluarga kenalan terdekat saya untuk mendaftar,” katanya.

Related Posts

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) sebagai sokongan bagi persediaan mereka menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap