Israel tahan Imam Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Polis Israel bertindak menahan Imam Masjid Al-Aqsa dalam satu serbuan ke atas rumahnya di sini pada Jumaat.

Memetik laporan Eye On Palestine, Sheikh Ikrima Sabri ditahan pasukan perisikan Israel selepas beliau berdoa ketika khutbah Jumaat untuk Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Tehran.

Dalam khutbah beliau, Sheikh Ikrima berkata: “Penduduk Baitulmaqdis dan di sekitarnya, dari mimbar Masjid Al-Aqsa yang dirahmati, meratapi pemergian Allahyarham Ismail Haniyeh yang mati syahid”.

Susulan itu, polis Israel menyatakan pihaknya sedang menyiasat sama ada kenyataan itu bersifat ‘hasutan’ dan akan bertindak sewajarnya.

Beliau bagaimanapun difahamkan telah dibebaskan dengan syarat beliau tidak menghampiri kawasan masjid tersebut sehingga 8 Ogos ini.

Memetik laporan Astro Awani, Sheikh Ikrima Sabri yang berusia 85 tahun pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel dan dilarang daripada memasuki Masjid Al-Aqsa,

Sheikh Ikrima adalah pengkritik lantang terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin yang telah berlaku selama beberapa dekad.

Untuk rekod, beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

Related Posts

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

IRAN menolak sebarang kemungkinan untuk mengadakan rundingan semula dengan Amerika Syarikat (AS) susulan pengalaman pahit yang menyifatkan Washington sebagai pihak yang tidak boleh dipercayai. Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amerika Syarikat belanja AS$6 bilion serang Iran

ISTANBUL – Minggu pertama kempen ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran telah menelan kos kira-kira AS$6 bilion, kata pegawai Pentagon kepada Kongres, lapor Anadolu Ajansi. Menurut New York Times, kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia