Tunggu pengumuman PM, dijangka beri manfaat kepada rakyat – Zaliha

SEMUA lapisan masyarakat di negara ini dijangka menerima kejutan yang memberikan manfaat besar kepada mereka susulan satu pengumuman luar biasa oleh kerajaan yang bakal dibuat dalam masa terdekat.

Bayangan tersebut diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, yang berharap agar orang ramai bersabar dan menantikan pengumuman yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tunggu pengumuman daripada PM nanti, saya kira memang ada satu kejutan yang memberi manfaat kepada rakyat. Insya-allah semuanya begitu (manfaat untuk semua rakyat),” katanya.

Beliau berkata ringkas kepada media selepas merasmikan majlis pelancaran Projek Kepimpinan, Perubahan Iklim dan Tenaga Hijau (IKLIM) Peringkat Wilayah Persekutuan 2025, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bentuk pengumuman yang dimaksudkan.

Terdahulu, Perdana Menteri menarik perhatian ramai apabila memuat naik sebuah poster berwarna biru di laman Facebook rasminya.

Poster berkenaan memaparkan mesej yang memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia