KUSKOP komited bangunkan prasarana Tamu Desa untuk usahawan luar bandar

KOTA BELUD – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited dalam membangunkan prasarana usahawan luar bandar, dan tahun ini, kementerian mengenal pasti 46 tapak baharu Tamu Desa di Sabah untuk dibina dengan peruntukan RM10 juta.

Menteri, Datuk Ewon Benedick berkata, secara keseluruhan KUSKOP telah membina baharu dan menaiktaraf sebanyak 98 Tamu Desa di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM19 juta di bawah Belanjawan 2024.

Terdahulu beliau merasmikan Tamu Desa Kg. Takulung dan Tamu Desa Lasau yang kedua-duanya menggunakan konsep dewan terbuka.

“Tiga Tamu Desa itu merupakan sebahagian daripada 22 premis Tamu Desa yang dibina baharu dan dinaik taraf di sekitar Kota Belud dalam Fasa 1 dan Fasa 2, melibatkan peruntukan sejumlah RM4.749 juta, tahun 2024,” beliau berkata demikian selepas merasmikan tiga premis Tamu Desa di daerah ini, masing-masing di Kampung (Kg) Takulung, Kg Lasau dan Kg Rosok, pada Khamis.

Tamu Mingguan Tamu Desa Takulung diadakan setiap Selasa, Tamu Desa Lasau setiap hari Rabu dan Tamu Desa Rosok beroperasi setiap Khamis.

Ewon berharap, kemudahan Tamu Desa itu akan memberi keselesaan yang lebih baik kepada para peniaga dan pengunjung.

“Selain digunakan oleh usahawan-usahawan tamu, kemudahan ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti lain seperti sukan, keramaian, taklimat dan perjumpaan-perjumpaan rakyat,” katanya.

Di Kg.Lasau Minunsud, Ewon turut melancarkan Happy Hour Jualan MADANI Koperasi dengan diskaun sebanyak 50 peratus semua jenis barangan, sebagai sokongan berterusan kementerian terhadap koperasi dan usahawan tempatan  serta membantu mengurangkan bebanan rakyat.

Pada majlis perasmian ketiga-tiga premis Tamu Desa itu, Ewon turut meluangkan masa menyantuni usahawan dan membeli barangan jualan mereka sebagai sokongan kepada usahawan tempatan.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Saidatu Akhma Hassan, ketua-ketua dan wakil-wakil agensi KUSKOP serta pemimpin setempat.

Related Posts

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli BACHOK – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyantuni warga Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kampung Kolam, Pak Badol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk