Tun Openg tokoh negarawan yang tiada tolok tanding

KUCHING: “Tun Openg merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa dalam penubuhan negara Malaysia,” kata pengarang buku Biografi Gabenor Pertama Sarawak Tun Openg, Datuk Dr Jeniri Amir.

Menurut beliau, Tun Openg merupakan pemimpin yang berwawasan tinggi biarpun sudah meninggal dunia lebih 50 tahun.

“Jasa beliau tetap kekal abadi dalam sejarah Sarawak,” kata Jeniri.

Tambah Jeniri, Tun Openg juga seorang yang komited dalam tugasnya kepada negara.

Menariknya, ujar Jeniri, Tun Openg seorang pemimpin yang diterima oleh pelbagai masyarakat berlainan kaum dan agama.

“Oleh itu, kita perlu belajar sejarah kerana ia merupakan panduan kita untuk masa hadapan,” kata Jeniri ketika pelancaran Majlis Pelancaran Biografi Gabenor Pertama Sarawak Tun Openg di HIKMAH Exchange Event Centre (HEEC) Kuching, hari ini.

Sementara itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bapanya, Tun Openg merupakan seorang mentor terutama dari segi pendidikan.

Pelancaran buku Biografi Gabenor Pertama Sarawak Tun Openg

“Beliau juga sentiasa menekankan kepada kami sekeluarga betapa pentingnya pendidikan,” katanya lagi.

“Daripada ayah saya, saya sedar betapanya pentingnya pendidikan,” ujar beliau lagi.

Related Posts

Malaysia teraju integrasi grid serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta