Faisal Halim buat kejutan, masuk padang dengan topeng

KEJUTAN buat penyokong Selangor FC dan peminat sukan bola sepak negara apabila Faisal Halim muncul dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) pada Sabtu malam menggegarkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey yang merupakan sayap pasukan Selangor FC itu menerima tepukan gemuruh dan sorakan penonton.

Sungguhpun tidak tersenarai dalam kesebelasan utama, kemunculan pertama Faisal di padang selepas menjadi mangsa insiden simbahan asid mengundang sebak ramai.

Tampil mengenakan topeng, dia dilihat melakukan sujud kesyukuran sebelum memasuki padang untuk sesi pemanas badan.

Untuk rekod, media pada 5 Mei melaporkan pemain sayap kebangsaan itu disimbah asid ketika berada di ruang parkir sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Serangan berkenaan menyebabkan Faisal terpaksa menjalani empat pembedahan untuk merawat luka lecurnya.

Dia dibenarkan discaj daripada hospital pada 25 Mei lalu.

Related Posts

City atasi Liverpool 2-1 dalam kemenangan dramatik

SEPAKAN penalti pada masa kecederaan oleh Erling Haaland menghadiahkan Manchester City kemenangan dramatik 2-1 ke atas Liverpool di Anfield, awal pagi tadi. Kemenangan itu merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal kekal teraju EPL, kalahkan Sunderland 3-0

VIKTOR Gyokeres meledak dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian ketika Arsenal mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Sunderland, sekali gus melebarkan kelebihan di puncak Liga Perdana Inggeris kepada sembilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang