‘Ini satu penghinaan’, netizen marah peniaga menyamar cacat raih simpati jual rendang

PELBAGAI strategi dan idea digunakan oleh peniaga bagi memasarkan produk mereka dekat di hati pelanggan, selain mahu meraih keuntungan.

Bagaimanapun, ada peniaga yang peniaga sanggup menggunakan ‘taktik kotor’ untuk memastikan hasil jualan mereka dibeli oleh orang ramai.

Terbaharu, sebuah akaun media sosial berkongsi kisah penipuan seorang peniaga yang didakwa sanggup berlakon cacat, semata-mata menagih simpati orang ramai supaya membeli rendang dijualnya.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, individu terbabit yang menulis dalam nada kecewa, menceritakan pengalaman berdepan dengan peniaga berkenaan.

Lebih menyakitkan hati, dia mendakwa, peniaga itu menggunakan kerusi roda ketika menjual rendang, berikutan kononnya mengalami kecacatan kaki dan mengalami kesukaran untuk bergerak.

“Minggu lepas brother ini berjualan pakai kerusi roda konon-konon kakinya cacat tak boleh bergerak dekat kawasan taman.

“Kakak pun belilah rendang daging dua peket. dia mai (datang) depan rumah duk (asyik) jerit-jerit tengah panas. Kita pun kesian, OKU (orang kurang upaya) kan?” katanya.

Apa yang mengecewakan, kuantiti rendang dijual lelaki itu juga sedikit dan harganya bukan murah, iaitu RM25 sepaket yang dilihat tidak berbaloi untuk dibeli.

“Kita beli juga walaupun dalam hati tak mahu beli, namun niat untuk membantu. Dia gerak dari taman ke taman, kuantiti rendangnya, hmmmphh seketul saiz dua ibu jari untuk satu peket, dua peket dapatlah dua ketul kecil, dah ‘tipah tertipu’ , dah rasa kena scam (tipu).

“Hari ini depan mata tengok orang cacat yang sama tu berdiri siap angkat barang masuk kereta. Sebelum tu elok je dia naik kerusi roda berjualan, dah dua kali kena scam,” katanya.

Sehubungan itu, individu menerusi perkongsian sama menasihatkan peniaga tersebut agar jujur demi mendapat keberkatan dalam perniagaan.

“Meniaga lah elok-elok brother (bang)…rendang tu buat lekat kat gigi je RM25…tipah tertipu.

“Kesian dekat yang betul-betul cacat terpalit sama, nak sales (berniaga) dengan cara macam ni, berkat ke tidak? Tak tau lah… peringatan untuk diri sendiri,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai respons dengan rata-rata kecewa dan marah, selain mengecam tindakan digunakan lelaki itu untuk berniaga sekiranya dakwaan berkenaan benar.

Malah, ada netizen secara berjenaka meminta supaya orang ramai yang melihat atau didatangi individu terbabit, supaya ‘memerangkapnya’ agar ‘terkantoi’ menipu.

“Ini satu penghinaan kepada golongan OKU (Orang Kurang Upaya). Cacat sungguh baru ada akal,” tulis kalammaut22.

“Hidup menipu je… halal ke rezeki menipu tu? Jadi darah daging kot,” kata @elly1407

“Kalau siapa-siapa jumpa dia ni lagi sedang duduk atas wheelchair (kerusi roda)… cuba jerit ular nak tengok dia bangun dan lari tak?” kata marimaron.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri