Tun Musa Aman lafaz sumpah Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11

KOTA KINABALU – Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Rabu.

Musa yang diringi isteri Toh Puan Faridah Tussin tiba di Dewan Istiadat pada pukul 10.11 pagi, sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira pukul 10.22 pagi.

Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli, sebelum Ketua
Menteri, Datuk Seri Hajji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan melafaz ikrar taat setia.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu Jaafar kemudian membacakan doa memohon kesejahteraan negeri di bawah naungan Musa, sebelum Yang Dipertua Negeri Sabah itu meninggalkan istiadat pada pukul 10.43 pagi, lapor Bernama.

Pada 17 Disember lalu, Musa menerima watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.

Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember 2024, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan