Pemilik kenderaan perdagangan cuai turut disiasat, lapan laporan telah dibuka

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka lapan kertas siasatan terhadap lori yang dikesan terbabit dengan kemalangan akibat kecuaian pemandu di seluruh negara sejak Julai lalu.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, angka tersebut dicatatkan dalam tempoh enam bulan hingga Disember lalu.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi mana-mana kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan jalan raya yang menjurus kepada kemalangan.

“Mana-mana kenderaan perdagangan yang terbabit dengan kemalangan disebabkan kecuaian pemandu seterusnya mengakibatkan kemalangan, JPJ akan mengambil tindakan penyitaan mengikut Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Pemilik kenderaan atau lesen pengendali juga akan disiasat.

“Jika terdapat kebenaran daripada timbalan pendakwa raya, akan dakwa pemilik lesen pengendali mengikut seksyen yang sama, manakala penyitaan pula dilakukan mengikut Seksyen 80 dengan hukuman minimum RM1,000 dan maksimum RM500,000,” katanya selepas hadir dalam Operasi Khas Motosikal Bersepadu JPJ Negeri Kelantan di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Muhammad Kifli memaklumkan, sebanyak 12,427 notis dikeluarkan terhadap kenderaan perdagangan dalam tempoh seminggu Op Khas Gempur Teknikal di seluruh negara yang bermula 25 Disember lalu.

“Daripada 25,231 kenderaan barangan dan perkhidmatan awam yang diperiksa, 2,660 kenderaan diambil tindakan kerana gagal mematuhi peraturan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), APAD 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di seluruh negara,” katanya.

Berdasarkan notis saman yang dikeluarkan, katanya lagi, lebih 2,000 kenderaan perdagangan dikesan melakukan kesalahan teknikal seperti tidak selenggara kenderaan dengan baik, tayar tidak mengikuti spesifikasi serta tidak jaga tayar dengan baik atau haus berlebihan.

“Dalam pada itu, JPJ juga mengadakan Ops Khas Puspakom bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seluruh negara bagi mematuhi standard yang ditetapkan.

“Hasil operasi itu, JPJ memeriksa sebanyak 37 buah Puspakom di seluruh negara serta 4,945 kenderaan dengan merekodkan 1,093 kenderaan diambil tindakan dan 21 disita.

“Pihak JPJ memandang serius isu kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta 333 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya, Akta 334 serta Akta 715,” katanya.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang