Tukun tiruan jenis rekreasi usaha kelestarian ekosistem laut di Lawas

LAWAS – Usaha memelihara sumber perikanan dan memulihara ekosistem marin di Lawas diperkukuh menerusi pelabuhan 32 unit tukun tiruan jenis rekreasi di perairan Awat-Awat oleh Jabatan Perikanan Laut Sarawak. 

Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, inisiatif itu julung kali dilaksanakan di kawasan berkenaan sebagai habitat kekal pelbagai spesies ikan dan hidupan laut, sekali gus meningkatkan potensi aktiviti perikanan rekreasi.

“Projek tukun tiruan ini satu pencapaian yang penting bagi pihak jabatan. Insya-Allah, 32 unit lagi akan dilabuhkan pada 16 Ogos ini di perairan Punang,” katanya pada Majlis Melabuh Tukun Tiruan Jenis Rekreasi di Awat-Awat dan Punang, Lawas pada Selasa. 

Majlis itu turut menyaksikan penyerahan ‘mock cheque’ bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur bernilai lebih RM200,000 kepada 10 peserta terpilih bagi memajukan industri akuakultur di daerah ini.

Selain itu, 20 unit alat GPS diserahkan kepada wakil Kumpulan Nelayan Kawasan (KJK) Lawas di bawah Projek Pembangunan Modal Insan Kumpulan Sasar Perikanan bagi memudahkan navigasi nelayan.

Abdul Rahman berkata, kedua-dua bantuan itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan akan diteruskan pada RMK13 memandangkan keberkesanannya.

“Saya berharap inisiatif ini memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti pesisir, menjamin kelestarian ekosistem laut dan meningkatkan hasil perikanan,” ujarnya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok; Ketua Wilayah Perikanan III Miri, Muhamad Saini Suliansa; ketua jabatan dan agensi kerajaan, pemimpin masyarakat serta komuniti nelayan tempatan.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy