Sarawak mahu hasilkan benih padi sendiri, kurangkan bergantung beras import – Abang Johari

KUCHING – Sarawak sedang memacu agenda besar untuk menjadi pengeluar utama benih padi berkualiti tinggi negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap beras import.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, potensi tanah luas Sarawak perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan penggunaan benih yang sesuai dengan struktur tanah tempatan.

“Kalau MARDI dapat membantu menghasilkan lebih banyak benih berkualiti untuk Sarawak, kita boleh tanam lebih luas, hasilkan lebih banyak padi dan akhirnya mengurangkan pergantungan kepada import dari Vietnam atau Kemboja,” katanya ketika merasmikan Persidangan Padi Kebangsaan 2025 pada Selasa malam.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak memperuntukkan 14,000 hektar tanah strategik termasuk di Tanjung Bijat, Sri Aman, Lingga, Simunjan, Lundu, Spaoh, Limbang dan Lawas yang dijangka menghasilkan 240,000 metrik tan beras.

“Dengan benih yang lebih baik, kapasiti pengeluaran mampu digandakan kepada 500,000 metrik tan, melebihi keperluan rakyat Sarawak dan boleh dibekalkan ke seluruh negara,” katanya.

Abang Johari turut berkongsi kejayaan projek perintis di Gedong yang melonjakkan hasil padi daripada hanya 1.2 tan kepada 8 tan sehektar melalui penggunaan benih baharu, teknik moden dan jentera berteknologi tinggi.

Menurutnya, penyelidikan dan pembangunan varieti benih padi hibrid tempatan turut giat dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bagi menghasilkan benih yang tahan penyakit, sesuai untuk tanah bukit dan tanah gambut di Sarawak.

“Kalau kita dapat hasilkan benih sendiri dan tidak bergantung pada bekalan luar, ia bukan sahaja mengurangkan kos dan risiko bekalan, malah menjadikan Sarawak lebih berdaya saing,” jelasnya.

Beliau yakin dengan kerjasama MARDI, institusi pengajian tinggi, sektor swasta dan sokongan Kerajaan Persekutuan, Sarawak mampu menjadi pusat pengeluaran benih padi utama di rantau ini menjelang 2030, sekali gus membantu negara mencapai tahap sara diri beras yang lebih tinggi.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO