Sabah terus perkasa budaya etnik pelbagai kaum

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkasa dan memelihara warisan budaya rakyat berbilang kaum di negeri ini menerusi pelbagai inisiatif.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia penting bagi memastikan khazanah budaya terus hidup, dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang.

“Dalam dunia yang sentiasa berubah, adalah penting untuk kita memastikan budaya tempatan kekal relevan dan difahami oleh generasi masa kini dan akan datang.

“Generasi muda bukan hanya pewaris, tetapi penjaga warisan yang akan mencorakkan masa depan negeri ini.

“Pemeliharaan warisan budaya penting untuk memastikan kesinambungan identiti, nilai dan tradisi sesebuah masyarakat.

“Oleh itu, saya berharap persatuan etnik di negeri ini akan terus membangunkan kebudayaan, adat dan bahasa etnik masing-masing agar tidak pupus begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Hari Etnik Sabah sempena sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-74, Yang di-Pertua Negeri Sabah, di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Il merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang turut dihadiri isterinya, Toh Puan Faridah Tussin.

Jelasnya, pemeliharaan budaya tidak sekadar usaha megekalkan nilai dan identiti tetapi juga berpotensi menjana manfaat ekonomi menerusi sektor pelancongan.

“Budaya etnik ini juga akan membantu menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini. Sudah pasti ini akan membantu usaha kerajaan yang menyasarkan 3.5 juta pelancong ke Sabah pada tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai Hari Etnik, beliau berkata, ia adalah satu medan penting untuk mempamerkan kepelbagaian budaya yang menjadi identiti Sabah selain mengukuhkan perpaduan, persefahaman dan toleransi antara kaum serta memupuk rasa bangga terhadap warisan masing-masing.

Justeru itu, beliau mengajak seluruh rakyat Sabah untuk terus menyuburkan nilai toleransi, saling hormat-menghormati dan hidup bersama secara harmoni, tidak kira latar belakang etnik atau agama.

Related Posts

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

TAWAU – Seorang guru pelatih wanita maut selepas motokar yang dipandu terbabas sendiri dalam insiden kemalangan di Batu 11 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Dalam kejadian kira-kira pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta