TUDM aturgerak helikopter, hantar bantuan kemanusiaan ke Filipina

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) aturgerak sebuah helikopter EC 725 AP dari No 5 Skuadron bagi menghantar bantuan kemanusiaan susulan kejadian Taufan Tropika Kristine (Trami) yang menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh di Filipina.

Menurut kenyataan dari Bahagian Perhubungan Awam TUDM, aturgerak aset TUDM ini adalah bagi menzahirkan hasrat murni Kerajaan Malaysia dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan menyokong Kerajaan Filipina untuk bantuan logistik udara.

“Ia bagi mobilisasi barangan bantuan bencana kepada rakyat mereka di sekitar kawasan terjejas bencana.

“Misi penerbangan diketuai oleh Mejar Thaddeus Raphael ak Azis @ Sait TUDM bersama 15 pegawai dan anggota TUDM.

“Pasukan berkenaaan terdiri daripada dua juruterbang, seorang pembantu juruterbang, dua pegawai kejuruteraan, dua kuartermaster udara, lima juruteknik pesawat dan empat anggota Pasukan Khas TUDM (Paskau),” katanya dalam kenyataan media di sini pada Sabtu. 

Tambahnya, pangkalan Udara Vilamor akan menjadi stesen utama bagi misi bantuan ini sebelum pasukan TUDM akan diaturgerak ke kawasan bencana yang diperlukan untuk penghantaran bantuan oleh Kerajaan Filipina termasuk ke Lapangan Terbang Pili di Naga City dan Lapangan Terbang Antarabangsa di Daragay Albay.

Penerbangan yang dijangka mengambil masa 5 jam 30 minit itu akan melaksanakan persinggahan di Pangkalan Udara Autonio Bautista terlebih dahulu bagi pengisian minyak.

Terdahulu, Pesawat TUDM berlepas pada pukul 7 pagi dari Pangkalan Udara Labuan ke Pangkalan Udara Villamor di Manila. 

Related Posts

Sinergi JKOM dan UKAS perkukuh komunikasi strategik, eratkan hubungan Persekutuan-Sarawak

KUCHING – Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan risau, saya berundur demi pemerkasaan gerak kerja Pemuda UMNO – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyeru kepada semua penyokongnya agar tidak risau dengan pengumuman beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri Melaka. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam