Isu kibar bendera China: Orang ramai diminta tidak keluar kenyataan berbaur hasutan

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu agama, kaum dan institusi raja (3R) berikutan insiden kibaran bendera China di Teluk Intan Perak,

Menurut Fahmi, saranan itu bagi mengelakkan tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Beliau menjelaskan, isu ini tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet selepas penularan berlaku pada waktu yang sama ketika berlangsung persidangan Jemaah Menteri.

“Saya juga membaca sendiri komen bersifat 3R yang berlegar, sama ada di Facebook atau TikTok. Justeru, saya beri peringatan supaya kita elak daripada mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan bersifat 3R.

“MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) sedang meneliti dan bekerjasama dengan polis untuk mengenal pasti pihak yang mungkin cuba menghasut dalam isu ini,” katanya di sidang media pada Sabtu.

Terdahulu, beliau turut merasmikan sesi Pengumuman Kolaboratif Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia Megatrends 2024 anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama MCMC dan KPJ Healthcare, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan 17 peserta warga China yang mengibarkan bendera republik berkenaan ketika sambutan perarakan di Menara Condong, Teluk Intan sempena sambutan Guan Gong Sedunia di Malaysia.

Pada Khamis, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, dilapor mengesahkan perarakan yang mengibarkan bendera negara asing dan turut tular di media sosial itu melanggar syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas pihak yang terlibat melakukan kes pengantunan, didakwa secara dalam talian.

Jelasnya, MCMC bersama pihak berwajib akan mengenal pasti laman sosial yang didakwa mengumpul bahan mengandungi gambar pelajar berpakaian mencolok mata yang dikongsikan di platform Facebook itu.

Related Posts

Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

KUDAT – Warga Pulau Banggi menyambut baik pengumuman peruntukan lebih RM31 juta oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke pulau berkenaan. Christine Norshidah Jamlin,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh

KKM ambil langkah awal hadapi ancaman Hantavirus

KKM ambil langkah awal hadapi ancaman Hantavirus

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa