Trump arah 500 anggota Pengawal Kebangsaan ‘lindung’ Rumah Putih

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan 500 anggota Pengawal Kebangsaan mengawal sekitar Rumah Putih susulan kejadian tembak-menembak mencederakan dua anggota pasukan itu pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth memandangkan Trump berada di Florida ketika insiden berlaku.

Menurut Penolong Ketua Polis Metropolitan, Jeff Carroll dalam satu sidang media, kedua-dua mangsa ditembak sekitar jam 2 petang (waktu tempatan) berhampiran persimpangan 17th dan I Street, tidak jauh dari Rumah Putih oleh seorang suspek yang tiba-tiba muncul untuk melakukan serangan hendap.

“Selepas berbalas tembakan, anggota Pengawal Kebangsaan lain berjaya menundukkan suspek,” jelasnya.

Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Kash Patel pula memaklumkan bahawa dua anggota yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di hospital.

Kedua-duanya difahamkan adalah sebahagian daripada pasukan rondaan berprofil tinggi.

Gabenor West Virginia, Patrick Morrisey dalam satu hantaran di X pada awalnya memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan.

Namun tidak lama kemudian, beliau mengeluarkan kenyataan kedua menyatakan terdapat ‘laporan bercanggah’ mengenai keadaan mereka.

Motif kejadian tembakan masih belum diketahui, namun pihak berkuasa percaya suspek bertindak secara bersendirian.

Identiti suspek dan mangsa belum didedahkan kepada umum setakat ini.

Trump kini berada di resortnya di Palm Beach menjelang cuti Thanksgiving pada Khamis, manakala Naib Presiden AS, JD Vance berada di Kentucky.

Ini menyebabkan Rumah Putih berada dalam status ‘lockdown’.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Trump menyifatkan suspek sebagai ‘binatang yang akan membayar harga yang sangat tinggi’, sambil memuji tindakan pantas anggota Pengawal Kebangsaan.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16