Gaza dilanda banjir, lebih 300,000 khemah baharu diperlukan

GENTING GAZA – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, penduduk Palestin terus dirundung derita selepas terpaksa bergelut dengan banjir menenggelamkan khemah sementara yang menjadi tempat berlindung mereka.

“Keadaan ini berlaku pada permulaan musim sejuk. Kami bakal berdepan kesengsaraan lebih teruk kerana belum menerima khemah baharu bagi menghadapi cuaca lebih dingin untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

“Khemah dan terpal sedia ada yang digunakan sejak dua tahun lalu sudah terlalu lusuh,” kata Um Ahmed Aowdah sambil memandang sepi hujan yang masih belum reda.

Sementara itu, ketua rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin, Amjad al-Shawa berkata, kira-kira 300,000 khemah baharu diperlukan segera untuk diagihkan kepada 1.5 juta penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal.

Cuaca buruk melanda wilayah itu, menghanyutkan sejumlah khemah setelah paras banjir terus meningkat.

Ribuan khemah – yang menjadi tempat berlindung kebanyakan keluarga – juga rosak akibat hujan lebat sejak lebih seminggu lalu.

Bencana itu menyebabkan beberapa hospital lapangan terpaksa menggantung operasi.

Pada Isnin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan ia sedang berusaha membawa masuk bekalan penting untuk musim sejuk ke Gaza berikutan Israel masih menyekat akses kemasukan konvoi trak.

Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu, sekatan ketat masih dikenakan ke atas penghantaran bekalan bantuan, sekali gus membuktikan rejim Tel Aviv melanggar kesepakatan yang dicapai sebelum ini.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16