Titisan darah bawa penemuan mayat lelaki reput

SANDAKAN – Darah menitis dari lantai sebuah rumah di Sri Taman Batu 3 Setengah membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang mereput, pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden K. Ramasamy berkata,
bertindak atas maklumat kira-kira pukul 11.30 pagi, pihaknya tiba di lokasi kejadian dan mendapati terdapat bau busuk dari dalam rumah tersebut.

“Pihak bomba dipanggil untuk membantu membuka jeriji pintu rumah yang berkunci sebelum menemui mayat seorang lelaki warga tempatan berumur 47 tahun, yang terbaring dan sudah mula mereput dalam sebuah bilik rumah itu.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Ramasamy berkata, hasil siasatan awal Polis setakat ini mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah dan khianat.

“Kes diklasifikasikan dan disiasat sebagai laporan mati mengejut,” ujarnya.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta