
DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Perdana Menteri berkata, pertemuan dengan Thaksin yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal Pengerusi ASEAN itu membincangkan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
“Pada sebelah malam, kami teruskan diskusi ini bersama bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo,” kata beliau menerusi catatan pada akaun Facebook malam tadi.
Pada 16 Disember lalu, Anwar mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Malaysia sebelum ini pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.