PGA Lahad Datu rekod 12 kes, rampasan hampir RM60,000

LAHAD DATU – Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu berjaya merekodkan 12 kes tangkapan dengan nilai rampasan barangan dianggarkan sebanyak RM59,659.80 menerusi operasi-operasi yang dijalankan sepanjang Januari tahun ini.

Batalion 17 PGA Lahad Datu menerusi perkongsian di Facebook rasmi berkata, bagi tempoh itu juga, pihaknya berjaya menahan 13 individu iaitu 11 lelaki dan dua wanita.

Antara kesalahan yang dikesan adalah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Senjata 1960 dan Akta Imigresen 1959/53.

Dalam pada itu, Batalion 17 PGA Lahad Datu komited dalam mengekang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang yang berkuatkuasa dan menyarankan agar semua pihak dapat bekerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan.

Related Posts

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

TENOM – Seorang anggota bomba bantuan dan pemilik rumah antara yang cedera dalam kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Sri Menanti 3, Jalan Mandalom, di sini, pada malam Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

KANGAR – Perlis boleh dijadikan contoh dalam meraikan kepelbagaian kaum dan semangat Malaysia Madani meskipun mempunyai komuniti Cina yang kecil di negeri itu. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

Lebih $53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lebih $53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata