Titah Diraja buka sidang Parlimen esok

PUTRAJAYA – Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula esok dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat itu menjadi tumpuan.

Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Inti pati Titah Diraja itu dijangka menyentuh pelbagai perkara penting termasuk soal pembangunan negara serta peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 itu akan disiarkan secara langsung bermula jam 10 pagi menerusi saluran media rasmi, televisyen tempatan dan platform dalam talian.

Sebelum urusan Titah Diraja berlangsung di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong dijadual berangkat ke Dataran Parlimen bagi menerima sembah Hormat Diraja oleh pasukan Kawalan Kehormatan Utama, Batalion Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan Jemaah Menteri selain ketua perwakilan asing turut dijadual menghadiri istiadat berkenaan.

Berdasarkan laman sesawang rasmi Parlimen, selain pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 18 hari turut menyaksikan Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu selama tujuh hari mulai 4 Februari.

Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 19 hingga 25 Februari, menurut takwim itu.

Takwim itu turut menyenaraikan sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain akan berlangsung pada enam hari terakhir persidangan bermula 26 Februari.

Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 3 Mac.

Dalam pada itu, antara agenda penting pada persidangan Dewan Rakyat kali ini adalah pembentangan untuk bacaan kali kedua beberapa RUU antaranya RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024, RUU Majlis Media Malaysia 2024 serta RUU BERNAMA (Pindaan) 2024.

Selain itu, Kertas Putih Agenda Negara Menua juga akan dibentang di Dewan Rakyat yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang memandangkan Malaysia menuju negara menua menjelang 2030 dan negara tua menjelang 2044.

Related Posts

Permohonan Perantis 2.0 dibuka 17 Februari, lahirkan kepemimpinan wanita – Nancy Shukri

KUCHING – Program Kepimpinan Perantisan Wanita (Perantis) 2.0 mampu melahirkan bakat dan kepemimpinan kaum wanita. Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Perantis 2.0 bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkasakan industri penjagaan untuk galakkan wanita kembali bekerja – Nancy Shukri

KUCHING – Industri penjagaan perlu diperkasakan untuk menggalakkan kaum wanita kembali kepada sektor pekerjaan. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, urusan penjagaan keluarga terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

Lebih $53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lebih $53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata