8,825 unit rumah mampu milik di Perak telah disiapkan sejak tahun 2018

SEBANYAK 8,825 unit rumah mampu milik telah disiapkan di Perak dan memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dalam tempoh sejak 2018.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia terdiri daripada 3,460 unit Rumah Perakku I, Rumah Perakku II (1,738) dan Rumah Perakku III (3,627).

Jelasnya, kesemua rumah berkenaan dilaksanakan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Antaranya Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Yayasan Perak serta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

“Kerajaan negeri akan terus memastikan agenda perumahan mampu milik dilaksanakan secara menyeluruh.

“Bahkan pada tahun ini, dianggarkan sebanyak 4,450 unit rumah mampu milik dijangka siap di bawah perlaksanaan agensi-agensi yang sama,” katanya.

Malah ujarnya, menjelang 2030, sebanyak 57,407unit rumah pelbagai kategori bakal dibangunkan di seluruh negeri ini dalam memastikan keperluan perumahan rakyat terus dipenuhi secara mampan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jualan Rumah Perakku Pangsapuri Raflesia Santorini@Botani, di Bandar Seri Botani, Ipoh.

Pembinaan Pangsapuri Raflesia melibatkan 1,146 unit fasa pertama dan 322 unit fasa kedua di atas tanah seluas 4.31 hektar selain dijual bermula pada harga RM170, 520.

“Ini adalah salah sebuah projek perumahan mampu milik yang mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan kediaman berkualiti kepada rakyat.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan setiap rakyat khususnya golongan B40 dan M40, memiliki peluang untuk memiliki kediaman sendiri yang selesa dan berdaya huni,”katanya.

Ujar Saarani, Jadual Stok Harta Kediaman Suku Ketiga Tahun 2024 daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) melaporkan sebanyak 37, 651 unit rumah dikategorikan sebagai ‘incoming supply’ atau penawaran akan datang.

“Unit-unit ini sedang dalam proses pembinaan dan CCC masih belum dikeluarkan.

“Terdapat 42,637 unit rumah pula dikategorikan sebagai ‘planned supply’ atau penawaran dirancang.

“Ia merangkumi rumah-rumah yang telah mendapat kelulusan pelan bangunan daripada pihak berkuasa tempatan, tetapi pembinaan fizikalnya masih belum dimulakan,”jelas beliau.

Tambahnya, dengan sinergi erat antara kerajaan, agensi berkaitan dan sektor swasta, kerajaan negeri yakin lebih banyak rumah mampu milik akan dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Related Posts

Perahu naga bukan sekadar sukan tapi jalin budaya, semangat komuniti

KOTA KINABALU – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, perlumbaan perahu naga kini menjadi platform persahabatan, pertukaran budaya dan semangat komuniti, bukan sekadar acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga rumah, tiga kenderaan musnah dijilat api di Tawau

TAWAU – Tiga rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Apas Batu 4, di sini, tengah malam tadi.  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ushin berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pencalonan Nurul Izzah: Bukan soal nepotisme, tetapi legitimasi akar umbi

Pencalonan Nurul Izzah: Bukan soal nepotisme, tetapi legitimasi akar umbi

Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR

Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR

Perahu naga bukan sekadar sukan tapi jalin budaya, semangat komuniti

Perahu naga bukan sekadar sukan tapi jalin budaya, semangat komuniti

Tiga rumah, tiga kenderaan musnah dijilat api di Tawau

Tiga rumah, tiga kenderaan musnah dijilat api di Tawau

Hargai ketulusan PH, Anwar peka terhadap isu Sabah – Armizan

Hargai ketulusan PH, Anwar peka terhadap isu Sabah – Armizan

45 kanak-kanak terbunuh di Gaza – UNICEF

  • By Siti
  • May 17, 2025
45 kanak-kanak terbunuh di Gaza – UNICEF