Penduduk terjejas banjir perlu daftar segera bagi memudahkan agihan bantuan

MANGSA banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah berkata, sekiranya terputus hubungan, mangsa yang terjejas banjir boleh terus menghubungi pihak sekretariat supaya mereka dapat mengatur cara untuk menghantar bantuan.

“Kita gesa mereka untuk pindah ke PPS, kalau tidak pun berdaftar supaya kita (sekretariat) tahu di mana keberadaan mereka.

“Kalau tahu lokasi mangsa, mudah untuk kita menyampaikan bantuan… sebab itu kita wujudkan tempat pemindahan yang berpusat.

“Kita tidak dapat pergi ke satu-satu tempat disebabkan anggota yang terhad,” katanya selepas melawat PPS Dewan Haji Kamaruddin Ahmad, Kampung Segedup, dekat Kuching, semalam.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, tidak dinafikan banyak aduan diterima dalam menghadapi krisis ini dan pihak sekretariat serta pejabat residen berusaha sedaya upaya untuk membantu.

“Mangsa juga kena faham, dalam keadaan kecemasan ia bukan perkara yang mudah tapi saya yakin usaha yang terbaik sedang dilaksanakan untuk memastikan semua pihak mendapat bantuan terutamanya (dari segi) keselamatan.

“Yang kedua, bantuan dari segi makanan dan tempat penginapan yang kita cuba sediakan kemudahan sebaik mungkin bagi mengurangkan ketidakselesaan dalam menghadapi krisis.

“Pada ketika ini kedai banyak tutup jadi sukar untuk kita mendapatkan segala peralatan seperti bantal, tilam, selimut dan sebagainya,” katanya.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak