Tipu tauliah satu pengkhianatan kepercayaan awam

AMANAH Perak menegaskan perbuatan menipu untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di negeri itu merupakan satu bentuk pengkhianatan awam.

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, parti itu memandang serius dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK Ayer Kuning telah menipu dalam permohonan mendapatkan tauliah mengajar agama di negeri ini.

“Lebih mengecewakan, calon tersebut enggan memberikan penjelasan terhadap isu ini, meskipun ia melibatkan integriti dan kelayakan asas sebagai pemimpin yang ingin mewakili rakyat.

“Perbuatan ini adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap kepercayaan awam, pelanggaran undang-undang syarie, serta mencemar kedaulatan Raja Berperlembagaan. Ia memperlihatkan sifat tidak jujur dan oportunis yang tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin rakyat.

“Lebih penting, tindakan ini bertentangan dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sendiri, yang sebelum ini telah menegur secara terbuka usaha menyalahgunakan institusi agama dan tempat ibadah bagi kepentingan politik kepartian.

“Perbuatan seperti ini bukan sahaja mencemar kesucian masjid dan surau, malah mencerminkan sikap tidak menghormati arahan tertinggi negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Asmuni

PN mempertaruhkan ketokohan Yang Dipertua Pas Tapah, Abdul Muhaimin Malek bertanding pada PRK Ayer Kuning.

Semalam, ketika ditanya wartawan, Abdul Muhaimin enggan mengulas lanjut mengenai isu pentauliahan mengajar agama di Perak, sebaliknya beliau menyifatkan perkara itu telah lama diselesaikan oleh pihak berkuasa agama di negeri itu.

Mengulas lanjut, Asmuni menjelaskan, di negeri Perak, tauliah mengajar agama Islam dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Mufti Negeri Perak, melalui Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak.

“Permohonan tauliah tertakluk kepada proses ketat termasuk ujian bertulis, temu duga, dan tapisan latar belakang. Kelulusan akhir hanya diberikan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, selaku Ketua Agama Islam Negeri.

“Sehubungan itu, sebarang cubaan menipu dalam permohonan tauliah bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi agama, malah merupakan satu penghinaan terhadap institusi diraja serta derhaka kepada titah Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini,” katanya.

Justeru, Asmuni menegaskan, Amanah Perak menyeru agar pihak berkuasa agama menyiasat secara menyeluruh dakwaan ini dan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Rakyat Ayer Kuning berhak memilih pemimpin yang bersih, berintegriti dan menghormati institusi negeri.

“Peraturan semasa juga dengan jelas menyatakan bahawa individu yang memegang jawatan dalam parti politik atau bertanding dalam pilihan raya tidak layak diberikan tauliah mengajar.

“Jika dakwaan ini benar, maka jelas calon tersebut telah memperoleh tauliah secara tidak sah dan menipu pihak berkuasa agama, selain melanggar garis panduan dan peraturan sedia ada,” katanya.

Related Posts

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

MEMBAWA haiwan peliharaan pulang ke kampung kini menjadi pilihan sebahagian pemilik, namun pengalaman tersebut bukan sekadar comel, malah penuh dengan cabaran yang memerlukan persediaan rapi. Seorang penternak kambing, Syafiqah Aliaa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin