Tourism Malaysia, STAN lancar ‘A Guide to Sandakan’ semarakkan promosi VM2026

SANDAKAN — Direktori ‘A Guide to Sandakan’ dilancarkan sebagai usaha memperhebat promosi pelancongan rentas negeri ke Sabah, khususnya menjelang Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).  

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, inisiatif tersebut merupakan langkah penting dalam memperkenalkan keistimewaan Sandakan yang sering kali tidak diketengahkan kepada pelancong.

“Kita mahu memberi input yang lebih menyeluruh kepada pelancong supaya mereka tahu bahawa Sandakan bukan sahaja terkenal dengan hidupan liar, tetapi juga dengan pelbagai tarikan lain yang selama ini mungkin terlepas pandang.

“Risalah itu akan diedarkan di lapangan terbang serta menerusi ejen pelancongan yang dilantik bagi membantu pengunjung mendapatkan maklumat tepat mengenai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Sandakan.

“Kita mahu Sandakan dikenali bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan utama, tetapi juga sebagai pusat kebudayaan yang kaya dengan warisan tempatan,” katanya ketika ditemui media sempena Program MOTAC Bersama Komuniti @ Batu Sapi  2025 di Lorong Tengah, Bandar Ramai-Ramai, di sini pada Sabtu.

Jelas beliau, kementeriannya turut memberi penekanan kepada pembangunan pelancongan berasaskan komuniti (community-based tourism) yang dilihat berpotensi besar dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Katanya, pelaksanaan program inap desa atau homestay di kawasan kepulauan Sandakan antara contoh pendekatan yang boleh memberi manfaat besar kepada pelancong dan komuniti tempatan.

“Saya mencadangkan agar kementerian mengkaji keperluan sebenar untuk mewujudkan lebih banyak homestay yang selesa dan autentik, kerana pelancong hari ini mahukan pengalaman yang lebih dekat dengan masyarakat setempat,” katanya.

Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN) melancarkan direktori pelancongan terbaharu berbentuk risalah itu menawarkan pelbagai informasi berkaitan tarikan pelancongan di Sandakan. 

Ia termasuk keindahan landskap semula jadi, kepelbagaian flora dan fauna, aktiviti pengembaraan, pengalaman budaya tempatan serta kepelbagaian gastronomi yang unik.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot atas sokongan berterusan dalam memperkukuhkan sektor pelancongan termasuk aspek seni dan budaya selaras dengan aspirasi Perdana Menteri di bawah gagasan Malaysia MADANI.

Sementara itu, katanya program ini juga berjaya merapatkan hubungan antara penduduk setempat dan pihak kementerian dalam usaha memupuk semangat perpaduan yang menjadi asas kejayaan masyarakat.

“Kita bukan hanya mahu melihat kejayaan dari sudut fizikal, tetapi juga keharmonian dalam komuniti.

“Ini selari dengan semangat Kerajaan Madani yang menekankan nilai-nilai perpaduan dan kebersamaan.

“Pelancaran ‘A Guide to Sandakan’ diharap dapat menjadi medium efektif dalam memperkenalkan Sandakan sebagai destinasi pelancongan pilihan yang lengkap dengan keindahan semula jadi, budaya dan keramahan komuniti setempat,” ujarnya.

Related Posts

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

KOTA ISKANDAR – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh jaringan kebajikan rakyat menerusi pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Empat dengan memperluaskan kategori penerima baharu, termasuk dalam kalangan petugas hal ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

KOTA ISKANDAR – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh komitmen dalam membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup apabila mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi memperluas pelaksanaan program Jualan Kasih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

  • By Ynom
  • May 5, 2026
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah