Tingkatkan prosedur pengurusan risiko, elak letupan kilang berulang – Tiong

AHLI Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing berharap pihak pengurusan kilang mesti beroperasi dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.

“Saya turut memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengulangi insiden letupan kilang di Bintulu dengan meningkatkan prosedur pengurusan risiko,” ujar beliau dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

King Sing juga merangkap Menteri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya memberi arahan agar Pejabat Kesihatan Bintulu mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani bencana ini kepada orang awam.

“Saya juga difahamkan perkara ini bukan kali pertama memandangkan insiden yang serupa turut berlaku pada awal tahun ini,” ujar beliau.

Beliau juga mahu menekankan beberapa langkah yang betul perlu diambil keadaan selepas bencana.

“Saya akan terus memantau perkembangan insiden itu dan berharap segala usaha diambil dapat melindungi keselamatan umum,” ujarnya.

Pada masa yang sama, King Sing turut menegaskan orang awam tidak mudah percaya dengan khabar angin berkenaan dengan insiden terbabit.

“Pastikan maklumat itu diterima dengan sahih dan benar sebelum percaya bulat- bulat khabar angin yang tidak sahih,” katanya lagi.

Beliau tidak mahu menimbulkan rasa kegelisahan dan panik dalam kalangan orang awam akibat penyebaran berita tidak sahih.

Sebelum ini, terjadi letupan kilang bahan kimia di Taman Perindustrian Samalaju berikutan insiden kebakaran yang berlaku pada Rabu.

Related Posts

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan saman terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang aliran trafik di laluan bertingkat Aeropod termasuk di Pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau