JKM Beluran cari ibu, waris kanak-kanak perempuan

BELURAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menjejaki ibu kandung serta waris kepada seorang kanak-kanak perempuan, Marlinah Abdullah kini berusia 7 tahun.

Menurut kenyataan itu, Marlinah telah ditinggalkan ibu kandungnya kepada peniaga sayur, Jalma@Alus Awang Jalil pada 19 Oktober 2017.

Jelasnya, wanita dikenali sebagai Roaini datang ke gerai sayur milik Jalma di Nombor 4 Pekan Beluran kira-kira pukul 9 pagi lalu meninggalkan sementara Marlinah yang ketika itu berusia setahun.

Sehingga kini, Roaini dan waris kepada kanak-kanak itu terus menghilangkan diri dan selepas dua tahun menjaga Marlinah, pasangan itu membuat laporan polis pada 2 Oktober 2019.

“Jalma cuba menghubungi nombor telefon yang ditinggalkan oleh Roaini tetapi gagal,” jelas kenyataan tersebut.

“Kanak-kanak tersebut dibawa ke perhatian pelindung kanak-kanak di Pejabat Khidmat Kebajikan Am Daerah Beluran pada 19 Mac 2024, oleh Jalma@Alus Awang Jalil dan pasangannya, Muhammad Ismail.

“Mereka telah menjaganya sejak dia berumur setahun,” katanya.

Marlinah telah dirujuk ke jabatan itu di bawah subperenggan 17(1)(e)(i) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) yang menetapkan bahawa kanak-kanak itu tidak mempunyai ibu, bapa atau penjaga yang dikenali.

Marlinah kini berada di bawah jagaan sementara Jalma dan pasangannya melalui perintah jagaan sementara di bawah Subseksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Pencarian dan siasatan telah dilancarkan oleh JKM Beluran bagi mengesan ibu kandung atau waris Marlinah.

Sehubungan itu, ibu kandung serta waris kanak-kanak berkenaan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris kanak-kanak ini diminta tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Beluran atau menghubungi Pelindung Kanak-kanak Pejabat Kebajikan Beluran, Mohd Hafiz Ahmad di talian 089-518301.

Hebahan itu dibuat menerusi hantaran Facebook JKM Sabah di sini pada Khamis.

“Ini akan membantu jabatan mengesan warisnya dan memastikan keputusan terbaik dibuat untuk penempatan dan kebajikannya,” tambahnya.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi