Tindakan tegas menanti platform media sosial gagal pantau buli siber

CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi akan mengambil tindakan terhadap beberapa platform media sosial, antara lain berkait isu buli siber yang berlaku di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau berpandangan platform terbabit tidak begitu serius dalam usaha menyelesaikan masalah sedang dihadapi rakyat Malaysia berkait media sosial.

“Saya tidak rasa mereka mengambil kisah… jadi cukuplah. Kita akan menghantar satu mesej yang sangat keras dan jelas kepada platform-platform ini. Nantikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Fahmi berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan pihaknya dengan tiga kementerian lain, iaitu Kementerian Digital, Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Katanya, kementerian terbabit bekerjasama untuk meneliti antara tiga hingga empat perkara berkaitan, termasuk aspek undang-undang sedia ada, penggubalan undang-undang baharu dan pelaksanaan undang-undang berkenaan.

“Kita melihat teknologi yang ada hari ini, sama ada kecerdasan buatan (AI) mahupun pelbagai platform media sosial… mungkin aspek teknikal itu kita perlu bantu pihak penyiasatan dan seterusnya kepada aspek pendakwaan.

“Jadi, ‘framing the charges’. Di sini, saya nampak ada beberapa perkara, contohnya dalam kes mendiang Rajeswary Appahu atau Esha yang membunuh diri dipercayai akibat buli siber daripada sesi TikTok ‘live’ (secara langsung),” katanya.

Fahmi berkata, beliau pernah melihat sesi TikTok secara langsung dan merasakan terdapat segelintir komen agak keterlaluan, seolah-olah menjurus ke arah membolehkan penonton lain hilang adab dan kewarasan.

“Ini yang disebut bukan hanya ‘the perpetrators’ (pelaku) tetapi juga ‘the purveyors’ (penyalur)… bukan saja mereka yang melakukan tetapi juga yang membolehkan kecaman dan menjemput orang lain memaki hamun,” katanya.

Related Posts

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam permohonan semakan kehakimannya bagi mendapatkan perintah supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

PUTRAJAYA – Isu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana sumbangan awam kini mula menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan keyakinan untuk menunaikan zakat melalui saluran tertentu. Pendedahan kes berprofil tinggi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah