Semua premis kerajaan, swasta diarah kibar Jalur Gemilang

CYBERJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pihak, termasuk sektor awam dan swasta, mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing sepanjang tempoh sambutan Bulan Kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu sebagai tanda taat setia, pengorbanan dan mendukung semangat kemerdekaan yang diperoleh tanah air sejak 67 tahun lalu.

“Mulai hari ini, komuniti MADANI, setiap jabatan, setiap rakyat, setiap kedai dan warung, kaya miskin, kota dan desa, kita hendak memastikan tunjukkan bahawa kamu bersama ‘Jiwa Merdeka’, hebatkan Malaysia.

“Saya percaya kita bagi mesej yang jelas… apa yang sukarnya… orang dulu korban segalanya, ibu di kampung keluarkan rantai dan perhiasan mereka jadi tabung untuk perjuangan (memerdekakan negara),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di sini, hari ini.

Turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar menekankan, sambutan Hari Kebangsaan bertema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ harus dijadikan sebagai tahun mempamerkan kemegahan rakyat dan negara.

Malah, beliau berkata, sambutan tahun ini juga akan menjadi petanda baharu untuk berkongsi matlamat sama, iaitu mengangkat Malaysia sebagai negara gemilang.

“(Orang) dahulu bagi cincin untuk perjuangan, sekarang kita tidak sanggup… kena ingat supaya jangan ada keterlanjuran… kita tidak minta cincin, tidak minta jam, yang saya minta ialah kibarkan Jalur Gemilang.

“Kalau (ada) orang yang enggan, kirim salam kepada mereka. Ini bukan isu kaum, bukan isu parti, bukan isu kedudukan atau pekerjaan.

“Ini soal jati diri, maruah, harga diri… ini satu negara bila merdeka, kibaran bendera itu (harus) meluas di seluruh negara,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, pada peringkat sektor awam termasuk jabatan dan agensi, Ketua Setiausaha Negara akan memantau untuk memastikan setiap premis kerajaan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Mengenai sektor swasta, (tidak dinafikan) sumbangan mereka besar, tidak boleh diperkecilkan tetapi kadang-kadang mereka menganggap hal ini agak remeh.

“Saya nak beritahu mereka, kalau negeri ini tak aman, niaga dia tak untung… kalau tak ada pengorbanan polis dan tentera di perbatasan, tak ada pelaburan baharu… jadi tunjukkan sokongan dan dukungan kamu,” katanya.

Justeru, Anwar berkata, mesej supaya Jalur Gemilang dikibarkan sepanjang Bulan Kebangsaan, akan disiar berulang kali melalui televisyen dan media sosial.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengingatkan anak-anak muda supaya mengerti makna sebenar kemerdekaan dicapai negara sejak sekian lama.

Beliau berkata, ia kerana kemerdekaan dicapai dahulu dibayar dengan darah, air mata, keringat dan pengorbanan.

“Setiap generasi tidak dituntut sebegitu. Sekarang tidak dituntut pengorbanan dengan darah… kita tugaskan kepada pasukan keselamatan, jauh di perbatasan, di lautan, di belantara, di hutan tetapi tidak menyinggung kedudukan kita di kota, desa dan pedalaman.

“Sebab itu, Malaysia MADANI ini adalah untuk mengisi kemerdekaan.

“Apa erti kemerdekaan kalau jenis pimpinan yang kita pilih itu sama dengan penjajah, guna kuasa merompak kekayaan negara, diambil untuk mereka atau untuk negara mereka,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos depan dijadualkan berlangsung di Putrajaya, manakala sambutan Hari Malaysia pada 16 September pula di Kota Kinabalu, Sabah.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

Sejarah Operasi Semut 1945 ubah landskap masyarakat Bario

Sejarah Operasi Semut 1945 ubah landskap masyarakat Bario

Majlis pecah tanah Masjid MADANI berjalan lancar

Majlis pecah tanah Masjid MADANI berjalan lancar

Video komunis: Jangan cuit perpaduan Malaysia

Video komunis: Jangan cuit perpaduan Malaysia