TikTok Pemuda Pas ‘diserang’ netizen

BERSEMPENA sambutan bulan Kemerdekaan, pelbagai pihak mengambil peluang untuk bersama-sama menunjukkan semangat patriotik mereka.

Bagaimanapun tindakan Pemuda Pas melalui akaun TikTok mereka mempromosikan kempen kibar Jalur Gemilang dan dalam masa sama memasang bendera parti itu kurang disenangi netizen.

Tinjauan di ruang komen menyaksikan ramai mempersoalkan tindakan Pemuda Pas itu.

Seorang pengguna TikTok memakai nama @shukapak86 berkata, “apa kena mengena bendera Pas dengan merdeka… Pas dah kenapa?”

Manakala seorang lagi @aimanms pula menulis, “gantung bendera Pas buat apa?”

Bagi @mofnor dalam komennya pula berkata, “ni bulan Kemerdekaan la walaun… kibar bendera Malaysia dah le.”

Sehingga malam ini, terdapat lebih 400 komen direkodkan melalui hantaran dibuat akaun Pemuda Pas terbabit.

Sambutan bulan Kemerdekaan dilancarkan 13 Julai lalu.

Menggunakan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ kemuncak sambutan akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Related Posts

Ahli Parlimen tolak RUU had tempoh jawatan PM khianat usaha reformasi institusi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri wajar ditolak sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR gantung Fahmi Zainol, Rafizi kekal ahli

KUALA LUMPUR – PKR menggantung serta-merta semua jawatan parti disandang Fahmi Zainol susulan pendakwaan mahkamah dihadapinya. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini selepas membincangkan kedudukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan